Isnin, 26 Mac 2012

Berita Harian: Mutakhir

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Berita Harian: Mutakhir


Lelaki cuba ceroboh asrama USM ditahan

Posted: 26 Mar 2012 02:49 AM PDT

Mutakhir

GEORGETOWN: Seorang lelaki ditahan ketika cuba menceroboh masuk asrama lelaki Kampus Aman Damai, Universiti Sains Malaysia (USM) di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng, berkata lelaki berusia 29 tahun itu yang tidak mempunyai pekerjaan ditahan seorang pengawal keselamatan universiti berkenaan kira-kira jam 6.30 petang.

"Pengawal keselamatan itu yang terserempak dengan lelaki berkenaan mendapati dia berada dalam keadaan mencurigakan dan bertindak mengekorinya. "Dia yang tidak menyedari diekori cuba menceroboh masuk sebuah bilik di tingkat dua kampus berkenaan sebelum ditahan pengawal keselamatan terbabit," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, lelaki itu kemudiannya dibawa ke Balai Polis Sungai Nibong untuk siasatan lanjut. - BERNAMA

Rangkaian edar dadah tumpas, 3 lelaki 2 wanita ditahan

Posted: 26 Mar 2012 02:43 AM PDT

Mutakhir

JOHOR BAHRU: Polis menumpaskan rangkaian pengedaran dadah dengan tertangkapnya tiga lelaki dan dua wanita dalam tiga serbuan berasingan di bandar raya ini Khamis lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Johor, Asisten Komisioner Kamarudin Abd Aziz, berkata dalam serbuan pertama di Kampung Datuk Sulaiman Menteri di sini, polis menahan seorang lelaki berumur 36 tahun dan merampas 920 gram ganja bernilai RM2,200 daripadanya.

"Serbuan dilakukan pada jam 4.15 petang oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik. Lelaki yang sudah berkahwin dan bekerja sebagai jurujual kereta ini didapati positif dadah dan mempunyai satu rekod penyalahgunaan dadah," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, hari ini. - BERNAMA

0 ulasan:

Catat Komen