Rabu, 14 Mac 2012

Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


Loji rawat air kembali beroperasi

Posted:

Loji rawat air kembali beroperasi

Loji rawat air kembali beroperasi

Oleh NADIA SHAIFUL BAHARI
nadia.bahari@kosmo.com.my

LOJI Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 di Ijok, Kuala Selangor, kembali beroperasi seperti biasa pukul 8 malam tadi setelah ditutup untuk kerja-kerja penyelenggaraan selama 12 jam semalam.


KUALA LUMPUR - Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1) kembali beroperasi seperti biasa pada pukul 8 malam tadi setelah operasinya dihentikan selama 12 jam bermula pukul 8 pagi semalam ekoran kerja-kerja penyelenggaraan loji berkenaan.

Bagaimanapun, bekalan air bersih di 153 kawasan yang diramal terjejas iaitu di daerah Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Lumpur, Hulu Selangor dan Kuala Langat tidak mengalami sebarang gangguan ekoran kerja-kerja penyelenggaraan tersebut.

Pengarah Eksekutif Bahagian Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Abdul Halem Mat Sombagaimanapun berkata, gangguan bekalan air hanya akan berlaku pada hari ini sebelum bekalan kembali pulih secara berperingkat-peringkat.

Katanya, sebahagian kawasan yang jauh atau berada di tempat tinggi dijangka mendapat bekalan paling akhir disebabkan faktor tekanan air yang rendah.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Perjalanan rakyat Malaysia ke Rusia tanpa visa

Posted:

Perjalanan rakyat Malaysia ke Rusia tanpa visa

Perjalanan rakyat Malaysia ke Rusia tanpa visa


PELANCONG dari Rusia kini tidak perlukan visa untuk datang ke Malaysia selama 30 hari. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Rusia bakal memperkenalkan perjalanan tanpa visa kepada rakyat Malaysia ke negara itu, sebagai timbal balas kepada kemudahan serupa diberikan kepada pelawat Rusia ke Malaysia, kata Duta Besar Russia ke Malaysia, Lyudmilla G. Vorobyeva.

Beliau berkata, perjanjian perjalanan tanpa visa itu sedang diperincikan dan berharap perjanjian itu dapat ditandatangani tahun ini.

"Bagi rakyat Rusia, kami tidak perlukan visa untuk datang ke Malaysia selama 30 hari, dalam sistem kami pula kami tidak boleh berikan kemudahan sama kepada rakan kami (Malaysia) begitu sahaja.

"Kami perlu mempunyai perjanjian perjalanan tanpa visa dan kami sedang merumuskan perjanjian ini supaya rakyat Malaysia boleh pergi ke Rusia tanpa visa selama 30 hari," kata duta berusia 47 tahun itu yang mula berkhidmat di sini pada Ogos 2010.

Beliau berharap perjalanan tanpa visa itu akan dapat meningkatkan lagi hubungan pelancongan dan ekonomi antara kedua-dua negara.

"Pada pandangan saya penduduk di sini amat berminat untuk pergi ke Rusia, semua orang tahu mengenai St. Petersburg dan Moscow serta ramai orang melawat destinasi pelancongan utama ini.

"Terdapat banyak tempat yang berpotensi dan menarik untuk dilawati di bahagian Asia di Rusia yang mempunyai banyak destinasi pelancongan eko, taman-taman negara, tempat-tempat bersejarah dan kebudayaan," katanya semasa melakukan lawatan ke agensi berita Bernama di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tiada hubungan dengan Israel

Posted:

Tiada hubungan dengan Israel

Tiada hubungan dengan Israel

Oleh MOHD. YUNUS YAKKUB
yunus.yakkub@kosmo.com.my


PENDUDUK Palestin melihat rumah mereka yang terbakar ekoran serangan udara oleh tentera Israel di Bandar Gaza semalam.


KUALA LUMPUR - Kerajaan Malaysia sama sekali tidak pernah menjalin sebarang hubungan diplomatik dengan Israel.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, dasar tersebut amat jelas dan ia tidak pernah berubah malah Malaysia secara konsisten menyuarakan kebimbangan serta mengutuk keras tindakan Is-rael menceroboh wilayah Palestin.

"Perlu dijelaskan bahawa kerajaan tidak langsung menyokong sebarang tindakan dan pendekatan Israel yang jelas melanggar perundangan antarabangsa dan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

"Ini termasuk resolusi 242, Resolusi 338, Resolusi 425 dan Resolusi 194," katanya ketika menjawab soalan Datuk Juslie Ajirol (BN-Libaran) pada sesi Dewan Rakyat di sini semalam.

Anifah berkata, kerajaan sentiasa memberi sokongan dari segi sosial, politik dan ekonomi kepada Palestin.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan