Ahad, 25 Mac 2012

Utusan Online - Mahkamah

Utusan Online - Mahkamah


Suspek bunuh Dirang didakwa hari ini

Posted:

Suspek bunuh Dirang didakwa hari ini

Oleh NURUL HUDA HASSAN
huda.hassan@utusan.com.my

JOHOR BAHRU 25 Mac - Seorang daripada tiga suspek yang ditahan bagi membantu siasatan kes pembunuhan kejam Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau lebih dikenali sebagai Dirang, akan didakwa atas kesalahan membunuh di mahkamah di sini esok.

Suspek terbabit akan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, dua lagi suspek yang ditahan iaitu seorang lelaki akan didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952, manakala dakwaan terhadap seorang suspek wanita hanya diketahui esok.

"Polis telah dimaklumkan oleh pihak Timbalan Pendakwa Raya (DPP) bahawa suspek kes bunuh dan bakar Dirang akan didakwa esok.

"Untuk itu, saya ingin mengucapkan tahniah kepada mereka yang terlibat dalam siasatan kes pembunuhan kejam ini sehingga pelaku jenayah itu diberkas dan akan didakwa," katanya.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan