Jumaat, 30 Mac 2012

Harian Metro: Mutakhir

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Harian Metro: Mutakhir


Nicol kalahkan Raneem mara ke peringkat akhir Terbuka KL

Posted: 30 Mar 2012 07:23 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ratu skuasy Malaysia dan pemain nombor satu dunia, Datuk Nicol Ann David mengkagumkan pemain nombor lima dunia, Raneem El Weleily dari Mesir dengan menewaskannya kali ke 10 untuk masuk ke perlawanan akhir kejohanan skuasy terbuka KL di pusat belibelah Berjaya Times Square di sini malam ini.

Pemain berusia 28 tahun itu mempersembahkan prestasi bertaraf dunia bermain secara penuh dramatik mengambil masa hanya 49 minit menundukkan lawannya dengan mata 15-13, 12-14, 11-6 dan 11-7.

Sekali pun tewas dalam set kedua kepada Raneem, Nicol bangkit menguasai keadaan mengalahkan lawannya itu bagi kedua-dua set kemudian untuk mara ke peringkat akhir.

"Saingan dalam pertarungan pertama adalah sengit dan ianya begitu rapat. Saya rasa tidak begitu pasti dengan pukulan. Malah dalam 'game' kedua pun sangat hampir. Dalam ketiga dan keempat dia (Raneem) bermain perlahan sedikit.


"Saya mendapat lebih ketenangan dan dia pula membuat beberapa kesilapan di samping turut perlahan. Dia melakukan kesilapan dengan demikian saya dapat mendahuluinya," kata Nicol yang memburu kejuaraan kali kelapannya dalam kejohanan terbuka KL itu.


Bintang skuasy Malysia itu akan berdepan dengan pemain wanita teratas di Hong Kong, Annie Au dalam perlawanan akhir.

"Yang pastinya pemain Hong Kong ini tentunya begitu bertenaga sekali dalam laluannya untuk sampai ke peringkat akhir. Saya akan bermain bersungguh-sungguh esok," kata Nicol.

Kali terakhir mereka berentap ialah di peringkat suku akhir dalam 'Cleveland Racquet Classic' pada 30 Jan lalu, di mana Nicol menang 3-0.

Terdahulu, Annie menempah tempat ke peringkat akhir Terbuka KL dengan mengalahkan Nour El Sherbini dari Mesir, 9-11, 11-9, 11-8 dan 11-8 yang memakan masa 43 minit.

"Saya agak gugup bermain hari ini kerana ia adalah kali pertama berdepan dengan Sherbini. Saya tidak tahu cara permainannya dan perlu mengikut rentaknya. Kedua-dua kami agak kepenatan dalam pertarungan hebat semalam.

"Gembira dapat masuk ke perlawanan akhir dan tidak menduga boleh bermain di perlawanan akhir. Perlawanan akhir esok agak lasak kerana saya keletihan tetapi akan buat yang terbaik. Diharap tidak banyak buat kesilapan," kata Annie yang merupakan pemain no 10 di dunia. - BERNAMA




Siasatan kes remaja perempuan dijumpai di Thailand selesai

Posted: 30 Mar 2012 05:31 AM PDT

SHAH ALAM: Kes remaja perempuan yang ditemui di Thailand dan mendakwa kononnya diculik telah selesai, kata polis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Supt Mazlan Othman berkata, siasatan kes itu telah selesai dan polis kini menunggu maklum balas dari pejabat Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk tindakan selanjutnya.

"Kami telah serahkan remaja perempuan itu kepada ibunya dan kesemua lima remaja Myanmar kepada pihak Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR).

"Mereka telah menerimanya dan semua sudah selesai," katanya ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Anugerah Sukan Polis Selangor di Mes Pegawai Kanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, di sini hari ini.


Remaja perempuan dan lima remaja Myanmar berusia antara 14 dan 17 tahun itu diselamatkan polis Thailand di Bangkok pada 19 Mac lepas.- Bernama




0 ulasan:

Catat Komen