Selasa, 27 Mac 2012

Utusan Online - Timur

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


Menyayangi hutan bakau

Posted:

Menyayangi hutan bakau

Oleh ADNAN MOHAMAD
utusanterengganu@utusan.com.my


Abdul Halim Jusoh (tengah) menanam pokok paya bakau sempena pelancaran program Kami Sayang Bakau, Kami Tanam Bakau di Setiu Wetland, Setiu, baru-baru ini.


SETIU 26 Mac - Bagi kebanyakan orang, hutan paya bakau atau hutan paya laut tidak lebih sebagai kawasan becak, berlumpur, dipenuhi pokok-pokok tanpa memberi sebarang nilai ekonomi atau manfaat lebih besar daripada itu.

Ia mungkin sekadar menyakitkan pandangan dan justeru itu, mereka tidak ambil peduli jika ia terus lenyap atas nama pembangunan, namun kini makin ramai yang menghargai sehingga mahu mempertahankan alam sebegitu agar terus kekal dan abadi.

Sudut alam itu sebenarnya bukan sahaja berfungsi sebagai salah satu pelindung daripada fenomena semula jadi seperti ribut, ombak dan hakisan pantai.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

5 penerbangan seminggu ke Pulau Redang

Posted:

5 penerbangan seminggu ke Pulau Redang


Abdul Rahin Mohd. Said menyampaikan cenderamata kepada pelancong yang tiba melalui penerbangan pertama Berjaya Air bagi tahun ini di Pulau Redang, kelmarin.


SETIU 26 Mac - Berjaya Air menyambung semula perkhidmatan ke Pulau Redang dengan lima penerbangan seminggu menerusi Lapangan Terbang Subang di samping Lapangan Terbang Selatar dan Changi, Singapura.

Penerbangan bagi tahun ini ke pulau peranginan itu bermula semalam setelah hampir empat bulan dihentikan ekoran musim tengkujuh.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd. Said berkata, kunjungan pelancong ke Pulau Redang melalui perkhidmatan udara mendapat sambutan menggalakkan khususnya daripada warga Singapura.

''Ia mengatasi jumlah penerbangan ke Pulau Langkawi, Pulau Pangkor dan Pulau Tioman. Melalui promosi yang digerakkan, penerbangan ke Pulau Redang paling kerap berbanding pulau-pulau lain iaitu sebanyak tiga atau empat penerbangan seminggu.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Usah perkecil usaha guru

Posted:

Usah perkecil usaha guru

Oleh RADHUAN HUSSAIN
utusanterengganu@utusan.com.my


Zakaria Hussin (duduk) bersama sebahagian pegawai Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu ketika memulakan tugas di Kuala Terengganu, semalam.


KUALA TERENGGANU 26 Mac - Dakwaan sesetengah pihak kononnya kecemerlangan Terengganu yang berterusan dalam peperiksaan awam terutama Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) disebabkan soalan bocor, tidak berasas sama sekali.

Pengarah Pelajaran negeri, Zakaria Hussin menegaskan, beliau tidak memahami mengapa dakwaan itu kedengaran dan seolah-olah memperkecilkan kesungguhan warga pendidik di negeri ini yang tidak kenal jemu dan berpenat lelah bagi memastikan kejayaan pelajar mereka.

Beliau berharap tanggapan sebegitu dihentikan kerana ia tidak pernah berlaku dan kejayaan Terengganu dalam peperiksaan khususnya menjadi negeri terbaik dalam UPSR untuk 11 tahun berturut-turut tidak seharusnya dipertikaikan mana-mana pihak.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

0 ulasan:

Catat Komen