Khamis, 29 Mac 2012

Utusan Online - Timur

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


Mukim Seterpa berkembang

Posted:

Mukim Seterpa berkembang

Oleh ASMA HANIM MAHMOOD
utusankelantan@utusan.com.my


SUSIE See Ching Mei diberi penerangan mengenai proses bayaran bil utiliti penduduk.


KOTA BHARU 28 Mac - Mukim Seterpa di Peringat yang terletak kira-kira 15 kilometer dari pusat bandar Kota Bharu, tidaklah asing kepada penduduk negeri ini, malah juga pengunjung dari luar berikutan reputasinya sebagai antara lokasi inap desa atau 'homestay' terbaik.

Malah mukim yang terdiri daripada lima buah kampung iaitu Kampung Renik, Kampung Bechah Tembesu, Kampung Seterpa, Kampung Pak Rahmat dan Kampung Parit dengan keseluruhan penduduk kira-kira 700 orang, baru sahaja mencatat kejayaan sebagai Naib Johan Pertandingan Satu Desa Satu Industri (SDSI) peringkat kebangsaan kategori inap desa tahun lalu.

Berkat kesungguhan dan kerjasama penduduk yang dilihat sering bertungkus lumus menambah baik keadaan di kampung mereka, penduduk sekali lagi bertuah apabila Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat (BJIM) Universiti Sains Malaysia (USM) memilihnya sebagai kampung pertama di negeri ini yang dilengkapkan dengan kemudahan Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJLK).

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Kempen derma darah kerabat Kelantan

Posted:

Kempen derma darah kerabat Kelantan


Tengku Laksamana Kelantan, Tengku Abdul Halim Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Ibrahim (tiga kiri) beramah mesra dengan penderma darah pada kempen derma darah di Istana Balai Besar semalam.


KOTA BHARU 28 Mac - Menyedari betapa besarnya nilai setitik darah kepada mereka yang memerlukan, Pertubuhan Kerabat D'Raja Kelantan Al-Muhammadi tampil mengadakan kempen menderma darah bertempat di Istana Balai Besar di sini hari ini.

Program julung kali diadakan dengan kerjasama Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dan pejabat Sultan Kelantan itu bertujuan mengisi bekalan tabung darah hospital berkenaan.

Yang Dipertuanya, Tengku Laksamana Kelantan, Tengku Abdul Halim Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Ibrahim berkata, kempen tersebut telah berjaya menarik 100 penyertaan dari pelbagai pihak antaranya pasukan beruniform Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Cubaan seludup diesel tumpas

Posted:

Cubaan seludup diesel tumpas

Oleh TOREK SULONG
utusankelantan@utusan.com.my


Azmi Ibrahim (kanan) bersama anggota Pasukan Polis Marin Wilayah 3 meneliti proses memunggah minyak yang dilakukan oleh suspek di Tok Bali, Pasir Puteh, kelmarin.


PASIR PUTEH 28 Mac - Pasukan Polis Marin Wilayah 3 mematahkan cubaan menyeludup 27,000 liter diesel bersubsidi bernilai RM48,600 ke negara jiran selepas menahan tiga lelaki Thailand dan dua lelaki tempatan dalam satu operasi di tebing sungai Tok Bali dekat sini awal pagi semalam.

Komander Polis Marin Wilayah 3, Asisten Komisioner Azmi Ibrahim berkata, ketika ditahan kira-kira pukul 1.30 pagi, kesemua lelaki terbabit sedang mengisi sebuah lori dengan diesel di sebuah kawasan jeti persendirian.

Beliau berkata, kesemua lelaki terbabit berusia antara 44 hingga 55 tahun itu kemudiannya mengepam diesel terbabit ke sebuah bot yang telah diubah suai di tebing sungai berkenan, menggunakan saluran paip dan enjin khas.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

0 ulasan:

Catat Komen