Rabu, 28 Mac 2012

Utusan Online - Dalam Negeri

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


PERMATApintar asah bakat

Posted:

PERMATApintar asah bakat

PERMATApintar asah bakat

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my


NAJIB Tun Razak dan isterinya, Rosmah Mansor beramah mesra dengan para pelajar PERMATApintar Negara pada majlis perasmian Kompleks PERMATApintar Negara di UKM Bangi, Selangor, semalam. - UTUSAN/SAIFUL BAHARI ASHARI


KUALA LUMPUR 27 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, program PERMATApintar merupakan salah satu pendekatan terbaik bagi menangani isu kehilangan bakat-bakat pintar ekoran tindakan mereka berhijrah ke luar negara.

Beliau berkata, kerajaan sedar disebabkan ketiadaan sistem pendidikan yang khusus untuk golongan itu, mereka terpaksa ke negara lain semata-mata untuk mengikuti pengajian yang sesuai dengan tahap kepintaran luar biasa yang dimiliki.

Keadaan itu kata Perdana Menteri sudah semestinya amat merugikan kerana bakat pelajar-pelajar terbabit tidak dapat dimanfaatkab sepenuhnya untuk pembangunan negara.

"Negara-negara maju serta beberapa negara membangun telah lama mempunyai satu program khusus untuk pelajar-pelajar pintar mereka dan kita pula baru hendak mengorak langkah. Sungguhpun begitu kita masih belum terlambat dalam menyediakan sistem pendidikan terbaik untuk pelajar-pelajar pintar negara ini.

"Atas asas ini juga kita memperkenalkan program PERMATApintar dengan tujuan anak-anak yang mempunyai kepintaran luar biasa boleh meneruskan pengajian dalam negara," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Komplels Pusat PERMATApintar Negara Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi dekat sini, hari ini.

Hadir sama Penaung PERMATA Negara, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Naib Canselor UKM, Tan Sri Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan dan Naib Pengerusi Yayasan Al-Bukhari, Datuk Seri Ismail Yusof

Dalam perkembangan berkaitan Perdana Menteri turut memberitahu program PERMATA juga merupakan pelengkap kepada sistem pendidikan sedia ada atas peranannya sebagai landasan bagi pelajar-pelajar pintar di Malaysia.

"Umum mengetahui kerajaan sangat komited untuk melakukan pembaharuan kepada sistem pendidikan negara demi masa depan yang lebih cemerlang khususnya untuk generasi muda dan generasi akan datang.

"Baru-baru ini Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan program i-Think yang bertujuan menggalakkan para pelajar bijak menggunakan kemahiran berfikir. Realitinya kemahiran ini amat baik diterapkan kepada para pelajar kita kerana kita tidak tahu apakah bentuk cabaran terutama dalam sektor pekerjaan akan datang," ujarnya.

Dalam ucapannya Najib turur menyebut beberapa kejayaan yang telah dicapai oleh program PERMATA antaranya kejayaan seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun yang kini sedang mengikutiz pengajian prauniversiti.

Selain itu terdapat enam pelajar tingkatan empat yang telah menerima tawaran memasuki universiti terkenal di Amerika Syarikat seperti University of California, University of Michigan, University of Wisconsin-Madison dan University of Purdue.

Beliau berkata, lima pelajar terbabit ialah Nur Syazana Natasha Hisham; Vishal Kalyani Mukudan; S.Kavinraj Naggan; Yek Ching Kong; Lee Yan Joe dan Khoo Jia Hui.

Ulama jangan sebar ajaran sesat, berbaur politik - Sultan Johor

Posted:

Ulama jangan sebar ajaran sesat, berbaur politik - Sultan Johor

Ulama jangan sebar ajaran sesat, berbaur politik - Sultan Johor

BATU PAHAT 27 Mac - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengingatkan golongan ulama supaya tidak menyampaikan ajaran sesat dan berbaur politik kerana tindakan itu akan mengelirukan masyarakat, malah meruntuhkan perpaduan agama, bangsa dan negara.

Baginda yang juga Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bertitah, ulama sepatutnya perlu mencurah bakti dengan menyebarkan ilmu dan memberi kefahaman agama kepada masyarakat.

"Namun suka saya ingatkan di sini supaya jangan pula ada ulama yang menyampaikan ajaran sesat dan yang bertentangan dengan akidah Islam. Ada juga ulama yang cenderung kepada bidang politik sehingga ceramah yang disampaikan menjadi medan untuk mengata, memfitnah dan mencaci orang lain.

"Enakmen Pentadbiran Agama Islam Johor menghalang mana-mana pihak daripada mengajar agama Islam tanpa tauliah bagi mengelak penyampaian ajaran sesat dan berbaur politik yang boleh memecahbelahkan rakyat," titah baginda ketika merasmikan Majlis Multaqa Ulama dan Ilmuan Darul Ta'zim Ke-2 di UTHM di sini, hari ini.

Titah baginda lagi, selain memberikan bimbingan dan ilmu agama, para ulama dan ilmuan juga sewajarnya menjadi contoh kepada masyarakat dalam membudayakan Islam sebagai gaya hidup seharian.

Sultan Ibrahim menegaskan, gaya hidup Islam bukan terletak pada imej luaran sahaja, tetapi yang lebih penting adalah perlakuan dan sifat kerohaniannya.

"Islam itu bukan dinilai pada tinggi serbannya, panjang janggutnya, labuh tudung atau jubahnya tetapi lebih penting adalah lemah lembut tutur katanya; sopan santun perilakunya, luas ilmu pengetahuannya, kuat kesabarannya, suci hatinya, bersih tubuh dan pakaiannya; mudah didampingi dan menjadi contoh serta ikutan masyarakat di sekelilingnya," titah baginda.

Dalam pada itu, Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, peranan ulama sebenarnya adalah selaras dengan peranan pemimpin iaitu kedua-duanya mempunya hala tuju sama dalam mendorong masyarakat mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat.

"Dalam situasi masyarakat pada hari ini, tugas membangunkan agama Islam kian mencabar apabila fahaman liberalisme, perbezaan mazhab, ekstremisme politik dan gejala masyarakat kini dengan sendirinya membuatkan para pemimpin serta ulama terpanggil untuk menghadapi atau menanganinya.

Kejadian Fukushima tanda aras keselamatan nuklear

Posted:

Kejadian Fukushima tanda aras keselamatan nuklear

Kejadian Fukushima tanda aras keselamatan nuklear

SEOUL 27 Mac - Dunia perlu menetapkan satu tanda aras baru dalam keselamatan nuklear berikutan kejadian kebocoran loji nuklear di Fukushima, Jepun, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang mewakili Malaysia pada Sidang Kemuncak Mengenai Keselamatan Nuklear di sini berkata, apa yang berlaku di Jepun memberi pengajaran kepada semua pihak berkaitan soal keselamatan nuklear.

"Banyak persoalan timbul tentang kesesuaian program nuklear untuk menjana tenaga berikutan kejadian Fukushima tahun lepas," kata beliau ketika ditemui wartawan Malaysia di hari akhir persidangan selama dua hari itu.

Dalam kejadian tahun lalu, janakuasa nuklear di Fukushima mengalami kerosakan dan berlaku kebocoran radioaktif berikutan tsunami yang berpunca daripada gempa bumi.

Dalam ucapan beliau semasa sesi pleno persidangan itu, Muhyiddin berkata, tuntutan untuk penggunaan nuklear bagi menjana tenaga semakin meningkat.

Oleh itu, katanya, satu persetujuan prinsip mengenai nuklear di peringkat global perlu dicari.

Muhyiddin berkata, masyarakat antarabangsa perlu meningkatkan kerjasama dalam pembinaan keupayaan, pertukaran dan perkongsian maklumat yang tepat pada masanya dan perisikan berkualiti tinggi selain mengguna pakai amalan terbaik.

Selain itu, tegas beliau, mana-mana negara yang mahu melaksanakan program nuklear perlu telus, sebagaimana yang dilaksanakan oleh Malaysia.

"Negara-negara yang terlibat perlu telus dalam melaksanakan program nuklear, kita tidak boleh selindung, panggil pakar perunding dan IAEA (Agensi Tenaga Atom Antarabangsa).

"Walaupun banyak hal dibuat secara berjaga-jaga seperti di Jepun tetapi berlaku juga kejadian tidak diingini," katanya.

Muhyiddin juga menekankan pentingnya keyakinan dan kepercayaan masyarakat antarbangsa tentang penggunaan nuklear untuk keamanan dan pembangunan. - UTUSAN

0 ulasan:

Catat Komen