Rabu, 14 Mac 2012

Utusan Online - Mahkamah

Utusan Online - Mahkamah


Noh tuntut RM20 juta

Posted:

Noh tuntut RM20 juta

Oleh ABD. HALIM HADI TALIB
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 14 Mac - Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar hari ini memfailkan saman fitnah terhadap Kerajaan Negeri Selangor dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lin atas dakwaan fitnah yang disiar melalui surat khabar Selangor Kini.

Dalam pernyataan tuntutan, Noh mendakwa akhbar rasmi kerajaan negeri Selangor itu telah menyiarkan artikel berunsur fitnah bertarikh 25 November hingga 2 Disember tahun lalu.

Noh berkata, beliau difitnah melesapkan wang bantuan untuk petani berjumlah RM110 juta dan mengkhianati golongan tersebut melalui artikel bertajuk 'Pesawah tuntut Noh Omar letak jawatan - 20 tahun subsidi tidak pernah naik'.

"Peguam saya telah memfailkan dua saman iaitu kepada Kerajaan Negeri Selangor dan ADUN Sekinchan, Suee Lin.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Kemungkinan lanjut reman suspek

Posted:

Kemungkinan lanjut reman suspek

JOHOR BAHRU 14 Mac - Polis tidak menolak kemungkinan mengemukakan permohonan bagi melanjutkan tempoh tahanan reman suspek kes pembunuhan kejam kanak-kanak, Nurul Nadirah Abdullah, 5, yang berakhir Jumaat ini.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supritendan Roslan Zainuddin ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini memberitahu pihaknya akan berbuat demikian jika keadaan memerlukan.

"Kita tengok macam mana, jika perlu kita akan buat mengikut prosedur seperti biasa. Setiap hari tempoh tahanan reman yang diberikan mahkamah akan digunakan sepenuhnya untuk melengkapkan siasatan.

"Polis juga tidak mahu terburu-buru sehingga menyebabkan ada butiran tertinggal. Jika semua berjalan lancar, dalam tempoh dua minggu lagi semua perkara berkaitan kes ini selesai," katanya.

Kelmarin, polis mengesahkan rangka manusia rentung ditemui di kawasan perumahan terbengkalai di Nusa Damai, Masai di sini adalah Dirang selepas mendapat hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) daripada Jabatan Kimia.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan