Sabtu, 24 Mac 2012

Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


Ariel menyesal

Posted:

Ariel menyesal

Ariel menyesal

Oleh SAHARUDIN MUSTHAFA

ARIEL (empat dari kiri) ketika ditemubual oleh sekumpulan wartawan di Bandung, Indonesia semalam.


BANDUNG – Bermula dengan hidup sebagai anak seni yang dijulang kemasyhuran sebelum beralih kepada kehidupan sebagai banduan nyata bukan sesuatu yang dibanggakan oleh Ariel Peterpan.

Kalau dahulu dia sibuk menghiburkan peminat dan dikawal pengawal peribadi, kini gaya hidup vokalis utama kumpulan Peterpan itu sejak hampir dua tahun lalu jauh berubah.

Kini dia sentiasa dikawal pihak berkuasa selepas didapati bersalah oleh mahkamah gara-gara pengedaran rakaman video dan gambar lucahnya dengan dua artis wanita popular, Luna Maya dan Cut Tari pada tahun 2010.

Akibatnya, Ariel atau nama sebenarnya Nazril Irham, 31, terpaksa menjalani hukuman penjara selama tiga tahun di Rumah Tahanan Negara Bandung.

Dalam satu temu bual dengan wartawan semalam, Ariel mengaku dia terlalu mengikut nafsu dan pemikirannya yang dangkal.

"Hanya orang yang melakukan kesilapan seperti saya sahaja yang tahu apa itu maksud menyesal," kata Ariel.

Selama dalam tahanan, penyanyi itu menganggap pengalaman yang dilaluinya memberikan rahmat yang bukan sedikit.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Suspek bakar 18 kenderaan ditangkap

Posted:

Suspek bakar 18 kenderaan ditangkap

Suspek bakar 18 kenderaan ditangkap

Oleh NUR AISHAH AMIN
nuraishah.amin@kosmo.com.my


SEBUAH kereta Porsche marak dijilat api selepas dibakar di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur pada 10 Mac lalu.


KUALA LUMPUR - Seorang lelaki yang dipercayai mempunyai hobi memancitkan tayar sebelum membakar kenderaan orang ramai secara rambang di sekitar kawasan Sentul, di sini sejak 10 Mac lalu akhirnya ditangkap semalam.

Sebelum ditangkap, lelaki berusia 42 tahun itu disyaki telah memancitkan tayar dan membakar 18 buah kenderaan.

Dia bagaimanapun ditangkap di persimpangan Kampung Puah, Sentul kira-kira 10.30 pagi semalam ketika menunggang sebuah motosikal yang disyaki dicuri di Jinjang pada bulan lalu.

Tangkapan itu dilakukan selepas suspek membakar empat buah kereta sekitar Titiwangsa, Segambut dan Jalan Genting Klang antara pukul 1 hingga 3 petang kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPK), Datuk Ku Chin Wah berkata, suspek dikenal pasti selepas polis meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di salah satu lokasi kejadian.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

12 kereta disimbah cat coklat, hitam

Posted:

12 kereta disimbah cat coklat, hitam

12 kereta disimbah cat coklat, hitam

Oleh ATIKAH DALI
Atikah.mohddali@kosmo.com.my


Sebuah kereta Proton Perdana V6 yang disimbah cat di Subang Jaya semalam.


SUBANG JAYA - Penduduk di Taman Perindustrian UEP di sini gempar apabila 12 buah kenderaan milik penghuni di kawasan perumahan itu disimbah dengan cat berwarna coklat dan hitam semalam.

Mereka hanya menyedari kejadian itu antara pukul 5.30 pagi dan 6 pagi ketika mahu menggunakan kenderaan masing-masing.

Antara kenderaan yang menjadi sasaran ialah dua buah kereta Proton Gen.2, Proton Perdana V6, Proton Wira, Perodua Myvi, Perodua Kancil, Honda CRV, Hyundai, Chevrolet dan Mercedes Benz.

Hasil pemeriksaan di tempat kejadian membawa kepada penemuan bungkusan plastik lutsinar mengandungi cat.

Suspek dipercayai melempar bungkusan tersebut ke arah kereta mangsa secara rambang.

Dua daripada kenderaan terlibat diletak dalam kawasan berpagar manakala selebihnya di hadapan rumah.

Salah seorang mangsa, K. Rina, 39, berkata, dia menyedari kereta Proton Perdana berwarna perak miliknya disimbah cat ketika mahu menggunakan kenderaan itu untuk pulang ke kampung di Kedah pada kira-kira pukul 5.30 pagi.

"Saya terpaksa membatalkan rancangan kami sekeluarga untuk menghadiri satu majlis perkahwinan di Kedah selepas kereta saya sudah bertukar warna cat seperti warna coklat pula.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan