Sabtu, 24 Mac 2012

Utusan Online - Muka Hadapan

Utusan Online - Muka Hadapan


Shahrizat kekal Ketua Wanita

Posted:

Shahrizat kekal Ketua Wanita

Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED dan HUSSAINI AMRAN
pengarang@utusan.com.my


NAJIB Tun Razak, Muhyiddin Yassin dan Shahrizat Abdul Jalil pada sidang akhbar selepas Perhimpunan Wanita UMNO bersama Presiden di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/AMIN FARIJ HASAN


KUALA LUMPUR 23 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegaskan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil kekal sebagai Ketua Pergerakan Wanita UMNO walaupun Naib Ketuanya, Datuk Kamilia Ibrahim mendesak beliau melepaskan jawatannya.

Presiden UMNO itu berkata, ini kerana jawatan Ketua Wanita UMNO dipilih oleh ahli dan mengikut prinsip, selagi tiada kesalahan dibuktikan tidak ada sebab untuk Shahrizat melepaskan jawatannya.

Pada sidang akhbar selepas Perhimpunan Wanita UMNO bersama Presiden di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini Najib turut mengumumkan perakuan daripada Shahrizat dan Kamilia untuk bekerjasama sepenuhnya sebagai satu pasukan.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

'Saya tidak kecil hati dengan Kamilia'

Posted:

'Saya tidak kecil hati dengan Kamilia'

KUALA LUMPUR 23 Mac - Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil tidak berkecil hati dengan tindakan Naib Ketuanya, Datuk Kamilia Ibrahim yang mendesak beliau meletakkan jawatan dalam parti.

Menurutnya, desakan Kamilia itu tidak akan menjejaskan hubungan baik mereka yang telah terjalin sejak sama-sama belajar di Kolej Tunku Kurshiah (TKC), Seremban dahulu.

"Saya amat memahami cara Kamilia yang dianggap sebagai kakak dan tindakan beliau itu bukan satu perkara yang besar.

"Sebagai satu keluarga dalam Wanita UMNO, kita semua ada cara masing-masing. Sebagai Ketua Wanita UMNO, saya mesti terima segala cubaan sebab saya adalah payung kepada semua termasuk Kamilia," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas pertemuan tertutup Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Wanita UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Jenazah Mazlan selamat dikebumikan, PM turut ziarah

Posted:

Jenazah Mazlan selamat dikebumikan, PM turut ziarah


ANAK kedua Allahyarham Mazlan Nordin, Roselen Mazlan menabur bunga mawar di pusara bapanya sebaik selesai upacara pengkebumian di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, semalam.


KUALA LUMPUR 23 Mac - Jenazah Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Mazlan Nordin, 87, yang meninggal dunia semalam selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di sini kira-kira pukul 11 pagi ini.

Jenazah Allahyarham disembahyangkan di rumah anak perempuannya di Seksyen 16, Petaling Jaya selepas dimandi dan dikafankan di Masjid Datuk Kamaruddin di Jalan 222, Petaling Jaya malam tadi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut menziarahi jenazah Allahyarham di kediaman anak perempuannya itu lewat malam tadi.

Beliau menyifatkan, pemergian Mazlan sebagai satu kehilangan besar kepada dunia kewartawanan dan jasa serta sumbangan akan dikenang oleh kerajaan dan rakyat.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan