Isnin, 26 Mac 2012

Utusan Online - Selatan

Utusan Online - Selatan


Belia dinasihat jangan leka

Posted:

Belia dinasihat jangan leka

Belia dinasihat jangan leka

Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA
utusanmelaka@utusan.com.my


MOHD. Ali Rustam diiringi Idris Harun bersalaman dengan barisan Exco Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM) pada perhimpunan agung tahunan MGBM di Melaka, kelmarin.


MELAKA 25 Mac - Golongan belia diingatkan agar tidak alpa dan leka dengan kejayaan serta kemakmuran yang dikecapi negara kerana masih banyak cabaran yang perlu ditempuhi bagi memelihara situasi itu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, bukan tugas mudah bagi membentuk negara sekali gus menikmati segala kemakmuran dan kemewahan yang dikecapi kini.

"Sekiranya kita alpa, dalam sekelip mata segala kemakmuran yang dibina selama ini akan hancur. Oleh itu belia tidak harus bergantung kepada kerajaan semata-mata untuk bergerak tetapi perlu berganding bahu bersama-sama kerajaan dalam membangunkan negara," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dan merasmikan perhimpunan agung tahunan Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM) di sini semalam.

Turut hadir Presiden World Assembly of Youth (WAY), Datuk Idris Harun.

Mohd. Ali berkata, perhimpunan itu merupakan landasan kepada pemimpin belia peringkat negeri bertukar-tukar idea dan pendapat dalam merangka pelbagai program bermanfaat untuk belia negeri.

Dalam pada itu, Mohd. Ali mengingatkan pemimpin belia agar sentiasa sedar tentang cabaran yang bakal ditempuhi pada masa akan datang.

"Kepelbagaian maklumat yang boleh diakses dengan mudah oleh belia dan remaja pada hari ini membolehkan mereka membuat keputusan dan pilihan yang dianggap terbaik buat mereka.

"Bagaimanapun, sekiranya maklumat yang mereka terima tidak tepat dan terpesong maka mereka akan membuat pilihan yang salah," katanya.

737 graduan Politeknik Merlimau terima diploma, sijil

Posted:

737 graduan Politeknik Merlimau terima diploma, sijil

737 graduan Politeknik Merlimau terima diploma, sijil


NUR Fathiyah Jauhari menerima Anugerah Pengarah daripada Dr. Saharudin Ismail sambil diperhatikan oleh Dr. Arshad Kassim (kiri) dan ibunya, Zarina Ahmad (kanan) pada Majlis Konvokesyen Ke-10 Politeknik Merlimau di Jasin, Melaka, kelmarin.


JASIN 25 Mac - Seramai 737 graduan Politeknik Merlimau menerima diploma dan sijil pada sidang pertama dan kedua istiadat konvokesyen yang berlangsung di sini semalam.

Mereka terdiri daripada graduan Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Perdagangan serta Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti.

Pengarahnya, Dr. Arshad Kassim berkata, tahun ini merupakan detik bersejarah buat Politeknik Merlimau kerana menjangkau usia 10 tahun.

"Sehingga kini seramai 11,112 graduan telah dilahirkan dalam bidang kejuruteraan, perdagangan serta pelancongan dan hospitaliti.

"Modal insan berkemahiran serta berpengetahuan yang dilahirkan ini menyumbang kepada keperluan negara bagi mencapai hasrat kerajaan untuk menjadi negara maju menjelang 2020.

"Majlis Konvokesyen Ke-10 pada hari ini menjadi bukti keutuhan kami melahirkan graduan berpengetahuan dan berkemahiran yang mampu menyumbang tenaga mahir seperti disasarkan melalui Model Baru Ekonomi di mana negara memerlukan 3.3 juta pekerja mahir meliputi 1.5 juta orang dalam bidang teknikal dan vokasional," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada istiadat itu yang berlangsung gilang-gemilang.

Turut hadir Setiausaha Bahagian Sukan, Kementerian Pengajian Tinggi, Dr. Saharudin Ismail.

Pada istiadat itu, graduan Kejuruteraan Elektrik Komputer, Nur Fathiyah Jauhari, 22, dipilih sebagai penerima Anugerah Pengarah.

Anak sulung daripada empat beradik itu memperoleh purata nilai gred kumulatif 3.85 pada semester terakhir dan mendapat Anugerah Ketua Jabatan pada setiap semester.

Promosi Marina Melaka ke global

Posted:

Promosi Marina Melaka ke global

Promosi Marina Melaka ke global


LATIFF Tamby Chik beramah mesra dengan pelancong asing pada majlis Pelancaran Karnival Pelancongan Marina Melaka 2012 di Banda Hilir, kelmarin.


MELAKA 25 Mac - Usaha menarik lebih ramai pelancong datang ke negeri ini diteruskan dengan penganjuran Karnival Pelancongan Marina Melaka 2012 yang berlangsung selama dua hari bermula semalam.

Karnival yang diselitkan dengan pelbagai aktiviti sukan air termasuk pertandingan perahu layar, kayak dan perahu naga itu adalah antara suntikan kerajaan negeri bagi mencapai sasaran pelancong sebanyak 12 juta orang pada tahun ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, penganjuran karnival itu antara langkah yang diambil oleh kerajaan negeri bagi mempromosi Marina Melaka sebagai salah sebuah perhentian pelayar-pelayar kapal di persada antarabangsa.

"Selat Melaka yang merupakan selat terpanjang dan tersibuk di dunia memberi kelebihan kepada negeri ini khasnya kepada Marina Melaka sebagai sebuah pusat perhentian yang wajib dikunjungi oleh para pelayar," katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Datuk Latiff Tamby Chik pada majlis Pelancaran Karnival Pelancongan Marina Melaka 2012 di sini malam semalam.

Menariknya pada majlis pelancaran itu ialah selain pertunjukan fesyen batik oleh model tempatan, satu sesi peragaan batik kontemporari oleh pelancong antarabangsa turut diadakan.

Menurut Mohd. Ali, batik kini bukan hanya dipakai pada majlis-majlis formal malah inovasi baru memperlihatkan kesesuaian seni itu digayakan dalam semua majlis termasuk kasual dan musim perayaan.

"Jika dahulu batik sering dikaitkan dengan motif bunga-bungaan namun kini corak abstrak turut menjadi perhatian.

"Corak kontemporari membolehkan batik sesuai dipakai oleh golongan muda dan mereka yang bekerja tanpa mengira usia," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan