Sabtu, 31 Mac 2012

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


'Usah buat perkara sentuh sensitiviti kaum, agama'

Posted: 31 Mar 2012 02:28 PM PDT

Nasional

NAJIB  sambil diperhatikan Ismail  bersalaman dengan warga FELDA pada Majlis Pemimpin Bersama Warga FELDA di FELDA Triang 3,  Bera, semalam.

NAJIB sambil diperhatikan Ismail bersalaman dengan warga FELDA pada Majlis Pemimpin Bersama Warga FELDA di FELDA Triang 3, Bera, semalam.

BERA: Datuk Seri Najib Razak mahu semua pihak tidak melakukan apa juga perkara yang dilihat boleh menyentuh sensitiviti kaum dan agama di negara ini.

Perdana Menteri berkata, langkah itu satu prinsip perlu dipatuhi dan dihormati semua pihak.

"Apa pun, kita tidak hendak (perkara sentuh sensitiviti kaum dan agama) jadi punca salah faham antara penganut pelbagai agama di negara kita," katanya selepas menghadiri majlis Bersama Peneroka Gugusan Bera di FELDA Triang 3, dekat sini, semalam. Najib berkata demikian sebagai mengulas gesaan Majlis Perundingan Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) dalam sebuah portal berita yang merayu Perdana Menteri supaya tidak membenarkan mana-mana pihak menganjurkan seminar yang boleh mengancam penyebaran agama lain di Malaysia.

Jabatan Pelajaran Johor semalam dilaporkan mengadakan seminar berkaitan pengajian Islam kepada guru dengan memfokuskan kepada isu penyebaran agama Kristian di kalangan orang Islam.

Perdana Menteri berkata: "Kita boleh bincang berkenaan soal akidah, tapi tidak boleh tidak sensitif pada pihak lain, sama ada orang Islam kepada bukan Islam, atau orang bukan Islam kepada Islam."

Dalam pada itu, beliau berkata, perkara menyentuh sensitiviti kaum dan agama boleh diselewengkan atau dijadikan isu politik oleh pihak tertentu.
"Maklum sajalah dekat pilihan raya, semua perkara boleh diseleweng atau dipusingkan menjadi isu politik, sebab itulah kena berhati-hati dalam perkara ini," katanya.

PTPTN diberi dana tambahan RM6 bilion

Posted: 31 Mar 2012 02:25 PM PDT

Nasional

MUHYIDDIN beramah mesra dengan seorang pengunjung Karnival Pengajian Tinggi  Negara 2012, Mohd Hanifudin Ramli, sambil diperhatikan Mohamed Khaled, Saifuddin, serta Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Ab Rahim Md Nor (kanan) di PWTC, semalam.

MUHYIDDIN beramah mesra dengan seorang pengunjung Karnival Pengajian Tinggi Negara 2012, Mohd Hanifudin Ramli, sambil diperhatikan Mohamed Khaled, Saifuddin, serta Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Ab Rahim Md Nor (kanan) di PWTC, semalam.

KUALA LUMPUR: Kerajaan meluluskan peruntukan tambahan RM6 bilion kepada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk tempoh dua tahun, mulai tahun ini bagi membiayai pengajian pelajar institut pengajian tinggi (IPT).

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata permohonan penambahan dana yang dikemukakan kementeriannya itu diluluskan dalam mesyuarat Kabinet, kelmarin.

"Dana bagi 2012 dan 2013 itu diluluskan kerajaan selepas melihat kepentingan dan relevan PTPTN dalam membiayai pengajian pelajar IPT. "Sehingga 29 Februari lalu, 1.9 juta peminjam menerima pembiayaan PTPTN membabitkan pembayaran RM43.6 bilion," katanya berucap pada majlis penutup Karnival Pengajian Tinggi Negara 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam.

Majlis perasmian penutup karnival itu disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Terdahulu, Khaled berkata, bagi sesi akademik 2012/2013, bilangan tempat yang akan ditawarkan institusi pengajian tinggi awam (IPTA), Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dijangka meningkat 8.8 peratus kepada 202,339 tempat berbanding 185,966 pada sesi akademik lalu.

Katanya, peningkatan itu merangkumi pertambahan 11 peratus tempat peringkat ijazah iaitu daripada 51,805 kepada 57,492 tempat, manakala kemasukan peringkat diploma, sijil pengajian teknikal dan latihan vokasional (TEVT)-Politeknik serta meningkat 25 peratus daripada 78,780 kepada 99,034.
Beliau berkata, pertambahan itu membuktikan komitmen kerajaan dalam merealisasikan hasrat mengarusperdanakan pengajian TEVT, terutama bagi melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi.

"Mulai tahun ini juga, empat universiti penyelidikan iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) diberi autonomi dalam pengurusan kemasukan pelajar peringkat Ijazah Pertama," katanya.

Mengenai karnival pula, Khaled berkata, ia berjaya menarik lebih 460,000 pengunjung sepanjang penjelajahannya di seluruh negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan