Sabtu, 31 Mac 2012

Berita Harian: Mutakhir

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Berita Harian: Mutakhir


Siasatan kes remaja perempuan ditemui di Thailand selesai: Polis

Posted: 30 Mar 2012 04:58 AM PDT

Mutakhir

SHAH ALAM: Kes remaja perempuan yang ditemui di Thailand dan mendakwa kononnya diculik sudah selesai, menurut polis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Supt Mazlan Othman, berkata siasatan kes itu sudah selesai dan polis kini menunggu maklum balas daripada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk tindakan selanjutnya.

"Kami sudah serahkan remaja perempuan itu kepada ibunya dan semua lima remaja Myanmar kepada pihak Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR). "Mereka sudah menerimanya dan semua sudah selesai," katanya ketika ditemui pada majlis penyampaian Anugerah Sukan Polis Selangor di Mes Pegawai Kanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini.

Remaja perempuan dan lima remaja Myanmar berusia antara 14 dan 17 tahun itu diselamatkan polis Thailand di Bangkok pada 19 Mac lalu. - BERNAMA

A380: Kerja naik taraf di KLIA siap

Posted: 30 Mar 2012 04:53 AM PDT

Mutakhir

SEPANG: Kerja-kerja menaik taraf di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada kos RM116.8 juta untuk disesuaikan dengan Airbus A380, pesawat komersial terbesar setakat ini, sudah siap.

Kerja-kerja menaik taraf berkenaan termasuk landasan, ruang pesawat bergerak, kekuatan turapan, keperluan perkhidmatan darat, jambatan udara ketiga dan lounge menunggu.

Pengurus Besar KLIA, Mohammad Suhaimi Abdul Mubin, berkata proses pembinaan bermula pada 3 April, 2006 dan siap pada 28 Februari, 2007. "Pesawat A380 memerlukan tiga jambatan udara antipelanggaran untuk penumpang untuk masuk dan keluar daripada pesawat ke atau dari pintu lounge menunggu.

"Pesawat lain biasanya memerlukan dua jambatan udara tetapi bagi pesawat A380 jambatan udara tambahan disediakan untuk penumpang dek atas," katanya kepada pemberita yang meninjau kesediaan lapangan terbang itu hari ini.

Katanya, program latihan dan suai kenal pesawat A380 dijadual diadakan pada Jun depan sebagai persediaan petugas di lapangan terbang dan kakitangan Malaysia Airlines untuk mengendalikan pesawat baru itu.

Lounge menunggu dua dek untuk A380 itu meliputi kawasan seluas 1,600 meter persegi, mempunyai 12 televisyen, sembilan telefon awam dan enam tempat duduk keutamaan untuk orang kelainan upaya.
Lounge menunggu boleh memuatkan 450 hingga 480 penumpang pada satu-satu masa dengan kawasan berasingan untuk ketibaan dan berlepas.

Pesawat A380 diperuntukkan di tiga pintu iaitu C17, C27 and C37.

Sementara itu, Naib Presiden Eksekutif Malaysia Airlines, Hayati Ali, berkata penyerahan pesawat berkenaan dijangka pada Jun depan manakala penerbangan sulung ke London bermula 1 Julai.

Penyerahan lima lagi pesawat Airbus A380 dijadualkan pada Julai, Ogos, Oktober, Disember depan serta Februari tahun depan. - BERNAMA

0 ulasan:

Catat Komen