Isnin, 26 Mac 2012

Utusan Online - Dalam Negeri

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Tak matang, cari publisiti murahan

Posted:

Tak matang, cari publisiti murahan

Tak matang, cari publisiti murahan

Oleh HANIZA HASSAN
utusanjohor@utusan.com.my


MOHAMED Khaled Nordin melakukan upacara pecah tanah bagi projek pembinaan Dewan SMK Permas Jaya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru di sekolah berkenaan di Johor Bahru, semalam. - BERNAMA


JOHOR BAHRU 25 Mac - Kementerian Pengajian Tinggi menyifatkan tindakan sekumpulan mahasiswa yang cuba menghantar batu nisan kepada kementerian tersebut sebagai simbolik mendesak pilihan raya kampus diadakan segera adalah suatu yang tidak matang dan sengaja mencari publisiti murahan.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, tindakan tersebut menunjukkan mereka tidak yakin bahawa pandangan dan kehadiran mereka di dalam sesebuah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) itu didengari.

Beliau berkata, sebagai seorang mahasiswa mereka sepatutnya menyuarakan pandangan dengan cara yang matang menerusi perbincangan dan percambahan idea bernas dan bukannya dengan cara sebegitu.

"Biarpun begitu saya terima baik kerana memang betul agaknya mereka tidak matang tetapi saya tidak pula meletakkan diri saya sebagai tidak matang seperti mereka.

"Malah bagi saya, ia tidak menjejaskan kedudukan saya dan Kementerian Pengajian Tinggi. Takkan bila dia tak matang, saya turut tak matang... Dia bagi satu batu nisan, saya bagi dua batu nisan pula," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Kali ke-17 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Permas Jaya di sini hari ini.

Jumaat lalu, kira-kira 80 penuntut promahasiswa berhimpun di hadapan Kementerian Pengajian Tinggi di Putrajaya bagi menyerahkan memorandum dan batu nisan kepada Mohamed Khaled sebagai simbolik mendesak pilihan raya kampus diadakan segera.

Kerajaan mantapkan GiatMara

Posted:

Kerajaan mantapkan GiatMara

Kerajaan mantapkan GiatMara

SEMPORNA 25 Mac – Kerajaan akan meneruskan usaha merapatkan jurang kemahiran di kalangan generasi muda di pedalaman dengan rakan-rakan mereka di bandar supaya tidak jauh ketinggalan.

Justeru, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, pihaknya tidak akan mudah berpuas hati dengan pelbagai kejayaan yang dicapai menerusi pusat pendidikan Majlis Amanah Rakyat (Mara) terutama Pusat Latihan GiatMara sebaliknya akan terus memantapkan institusi tersebut.

"Pendedahan kemahiran di kalangan penuntut di GiatMara turut merangkumi kemahiran dalam bidang teknologi maklumat.

''Ia penting bagi memastikan jurang perbezaan dapat diimbangi, seterusnya menyiapkan pelajar luar bandar dengan kualiti modal insan terbaik," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penutup Program Mesra GiatMara Sabah di sini hari ini.

Mohd. Shafie bagaimanapun mengakui masih terdapat anak muda di kawasan luar bandar yang berpotensi tetapi tidak mendapat peluang sewajarnya.

Sehubungan itu, kata beliau, kementerian akan memantapkan lagi kerjasama dengan pelbagai agensi di bawahnya untuk mengenal pasti golongan sasar tersebut.

Ibu lega pembunuh anak ke mahkamah

Posted:

Ibu lega pembunuh anak ke mahkamah

Ibu lega pembunuh anak ke mahkamah

JOHOR BAHRU 25 Mac – Ibu kepada Nurul Nadirah Abdullah, kanak-kanak berusia 5 tahun yang dibunuh dan dibakar, kini mampu menarik nafas lega apabila mengetahui suspek yang bertindak kejam ke atas anaknya akan didakwa di mahkamah di sini esok.

Roselyn Alan, 25, berharap suspek akan dikenakan hukuman setimpal ekoran tindakan tidak berperikemanusiaan yang dilakukan ke atas anaknya yang lebih dikenali sebagai Dirang.

"Saya lega dengar berita ini dan akan hadir di mahkamah bagi mengikuti perkembangan kes tersebut.

"Apa pun hukuman yang diterima pembunuh itu, ia tetap tidak setimpal dengan apa yang dilakukan ke atas Dirang," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff di sini hari ini.

Terdahulu, Mohd. Mokhtar dan isteri, Datin Bibi Zakiah Meraslam mengunjungi keluarga itu bagi menyampaikan perkembangan kes Dirang selain menghulurkan sumbangan kepada Roselyn di rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang.

Dirang diculik ketika keluar membeli mi segera dan telur di kedai dekat rumahnya pada pukul 11 pagi 1 Mac lalu.

Ekoran daripada itu, polis menahan empat individu termasuk bapa kandung Dirang sebelum menemui rangka yang rentung di sebuah rumah terbengkalai di Nusa Damai, Masai pada 8 Mac lalu.

Rangka tersebut kemudian disahkan pada 12 Mac lalu sebagai mayat Dirang selepas ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dijalankan terhadap rangka terbabit sepadan dengan DNA Roselyn.

Dalam pada itu, Roselyn turut mengakui mereka sekeluarga hidup dalam ketakutan selepas kejadian yang menimpa Dirang.

Malah, dakwanya, beberapa kejadian telah menimpa mereka sekeluarga termasuk cubaan orang tidak dikenali menceroboh rumah selain seorang adiknya, Mohd. Hakim Alan, 14, dikejar lelaki tidak dikenali ketika keluar dari rumah beberapa kali.

"Pernah satu ketika, tiga lelaki menaiki kereta Kancil cuba mengejar dan menangkap Mohd. Hakim dan menyebabkan dia berlari ke surau berdekatan untuk menyelamatkan diri," jelasnya.

Sehubungan itu kata Roselyn, mereka sekeluarga kini telah berpindah ke blok berlainan di flat berkenaan sebagai langkah berjaga-jaga.

0 ulasan:

Catat Komen