Ahad, 25 Mac 2012

Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


Keluarga wakil rakyat trauma

Posted:

Keluarga wakil rakyat trauma

Keluarga wakil rakyat trauma

Oleh AHMAD SYAKIR SAZILI
syakir.sazili@kosmo.com.my

INILAH kediaman Mohd. Khusairi di Taman Wangsa Setia, Tanjung Malim, Perak yang dirompak awal pagi kelmarin.


TANJUNG MALIM – Seorang wakil rakyat, isteri dan empat anak mereka terpaksa melalui detik menakutkan lebih setengah jam apabila kediaman mereka di Taman Wangsa Setia di sini dipecah masuk tiga perompak bertopeng awal pagi semalam.

Dalam kejadian pada pukul 2 pagi itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Slim, Datuk Mohd. Khusairi Abdul Talib (gambar) berkata, beliau telah diacukan sebilah pisau sebelum tangannya, isteri serta seorang anak lelakinya yang berusia 18 tahun diikat.

Menceritakan peristiwa itu, beliau berkata, perompak terbabit kemudiannya memaksanya menunjukkan lokasi barangan berharga seperti barang kemas dan wang tunai disimpan.

"Saya yang sedang nyenyak tidur terperanjat apabila tiga lelaki mengejutkan saya sambil mengacukan sebilah pisau di leher.

"Seorang lagi bersenjatakan pemotong besi menggertak saya dan isteri serta mengikat kami sebelum menggeledah di seluruh rumah," katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Program damping sosial diperbanyak

Posted:

Program damping sosial diperbanyak

Program damping sosial diperbanyak


SHAHRIZAT meyampaikan bantuan kepada Minachi Karppiah sambil disaksikan Saravanan (kanan) pada Program Kar1sma 1Azam Uyarvom di Shah Alam semalam.


SHAH ALAM – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan memperbanyakkan lagi program pendampingan sosial atau outreach untuk membantu kumpulan sasaran termasuk komuniti India miskin di kawasan terpencil, kata Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Beliau berkata, program yang diketuai oleh Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Dr. Noorul Ainur Mohd. Nur itu akan memastikan tiada komuniti yang tertinggal dalam menerima bantuan daripada kerajaan.

"Menerusi program outreach ini, kita sendiri akan kenal pasti dan mencari mereka untuk menghulurkan bantuan (terutama) kepada golongan yang tidak tahu bagaimana untuk berhubung dengan JKM," katanya selepas merasmikan program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (Kar1sma) 1Azam Uyarvom di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

RM7.5 juta atasi banjir Hulu Langat

Posted:

RM7.5 juta atasi banjir Hulu Langat

RM7.5 juta atasi banjir Hulu Langat

Oleh JUNHAIRI ALYASA
junhairi.alyasa@kosmo.com.my


NAJIB menyampaikan sumbangan tilam dan dapur gas kepada seorang mangsa banjir pada Majlis Penyampaian Bantuan Mangsa Banjir Parlimen Hulu Langat dan Parlimen Ampang di Hulu Langat semalam.


HULU LANGAT – Sebanyak RM7.5 juta diperuntukkan kerajaan untuk mengatasi masalah banjir di kawasan Hulu Langat bagi tempoh jangka pendek.

Usaha tersebut akan dimulakan tahun ini dan membabitkan pembinaan sebuah jambatan laluan utama dengan kos RM3.5 juta, dua unit pembetung (RM1 juta) dan pengalihan utiliti (RM3 juta).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Jabatan Pengairan Saliran dan Jabatan Kerja Raya sudah memberi cadangan bagi melaksanakan langkah pencegahan banjir bagi tempoh jangka pendek dan panjang.

"Kita akan melaksanakan langkah jangka pendek tahun ini juga. Kalau boleh, mula dilaksanakan sebelum pilihan raya," katanya pada majlis penyampaian bantuan mangsa banjir Parlimen Hulu Langat dan Ampang di Institut Kemahiran Belia Negara Dusun Tua di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan