Khamis, 29 Mac 2012

Berita Harian: Nasional

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Berita Harian: Nasional


Malaysia ambil amah Myanmar

Posted: 29 Mar 2012 01:48 PM PDT

Nasional

 NAJIB  dan  Rosmah   tertarik melihat potret   cenderahati wajah mereka      pada majlis perjumpaan serta jamuan bersama ahli perniagaan Malaysia dan Myanmar di Pusat Konvensyen Antarabangsa Myanmar, semalam.

NAJIB dan Rosmah tertarik melihat potret cenderahati wajah mereka pada majlis perjumpaan serta jamuan bersama ahli perniagaan Malaysia dan Myanmar di Pusat Konvensyen Antarabangsa Myanmar, semalam.

Kementerian Sumber Manusia urus rundingan manfaat Program 6P

MALAYSIA sedia memberi peluang kepada rakyat Myanmar yang mendaftar di bawah Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P) untuk menjadi pembantu rumah, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, dalam pertemuannya dengan Presiden Thein Sein, kelmarin, beliau memaklumkan lebih 250,000 rakyat Myanmar didaftarkan menerusi sistem biometrik sepanjang proses 6P.

Perkara ini masih dirundingkan dan akan diuruskan Kementerian Sumber Manusia. - Datuk Seri Najib Razak

Najib yang dalam rangka lawatan rasmi dua hari ke Myanmar berakhir semalam berkata, ada kemungkinan mereka akan diberi peluang menjadi pembantu rumah kerana rakyat Myanmar sopan dan budayanya sesuai dengan budaya Malaysia.

"Tetapi perkara ini masih dirundingkan dan akan diuruskan Kementerian Sumber Manusia," katanya pada sidang media selepas majlis perjumpaan serta jamuan bersama ahli perniagaan Malaysia dan Myanmar di Pusat Konvensyen Antarabangsa Myanmar di sini.

Pada majlis itu, Najib turut menyaksikan empat memorandum persefahaman (MoU) ditandatangani membabitkan Petronas Carigali Myanmar Inc dan Unog Ptd Ltd, Lembaga Industri Kayu Malaysia dan Myanmar Timber Merchants Association, Esa Jurutera Perunding & Esa International Sdn Bhd dan Win Thin & Associates serta Target Resources Corporation Sdn Bhd dan YaminThida Co Ltd.

Terdahulu, Najib yang diiringi Datin Seri Rosmah Mansor mengadakan pertemuan dengan masyarakat Malaysia di Myanmar. Hadir sama, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S Subramaniam.
Sementara itu, Subramaniam ketika ditemui menjelaskan perbincangan berhubung pengambilan pembantu rumah Myanmar membabitkan beberapa perkara, termasuk jaminan keselamatan pekerja terbabit.

Difahamkan, Myanmar mengamalkan dasar yang ketat berhubung penghantaran pekerja wanita ke luar negara dan setakat ini sudah ada rakyatnya menjadi pembantu rumah di Malaysia tetapi bilangannya kecil.

Baru-baru ini, Subramaniam dilaporkan berkata, kedua-dua negara dijangka menandatangani MoU bagi membawa masuk pekerja Myanmar ke Malaysia, termasuk pembantu rumah. MoU itu adalah atas permintaan Myanmar.

Laporan polis isu jual tapak masjid, sekolah

Posted: 29 Mar 2012 01:46 PM PDT

Nasional

   WAKIL pelajar  IPTA membawa sepanduk menentang penjualan tapak masjid dan sekolah oleh kerajaan DAP Pulau Pinang  selepas membuat laporan    di Balai Polis Jalan Patani, di Georgetown,   semalam.

WAKIL pelajar IPTA membawa sepanduk menentang penjualan tapak masjid dan sekolah oleh kerajaan DAP Pulau Pinang selepas membuat laporan di Balai Polis Jalan Patani, di Georgetown, semalam.

GEORGETOWN: Sekretariat Suara Keamanan Mahasiswa semalam, membuat laporan polis berhubung penjualan tapak masjid dan sekolah di Bayan Mutiara, Bayan Baru di sini, kepada pemaju swasta yang menimbulkan kegelisahan orang Melayu.

Laporan itu dibuat Pengerusinya, Muhamad Mukhlis Maghribi yang ditemani 14 pelajar dari pelbagai institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Balai Polis Jalan Petani, di sini, jam 11.30 pagi. Turut hadir, Yang Dipertua Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA), Nik Mohamed Hussein Nik Ali.

Beberapa mahasiswa turut membawa sepanduk bertulis, 'Selamatkan Tapak Masjid!!!' dan 'Selamatkan Tapak Sekolah!!!'. Muhamad Mukhlis berkata, pihaknya yang mewakili mahasiswa di seluruh negara berharap polis dapat melakukan siasatan bagi memastikan tiada salah guna kuasa dalam penjualan tapak masjid dan sekolah itu.

Katanya, laporan dibuat bukan atas sebab politik tetapi penjualan tanah itu boleh mengganggu sensitiviti orang Melayu dan Islam di negara ini.

"Kami mahukan penjelasan daripada Ketua Menteri, Lim Guan Eng; Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman dan EXCO Agama Islam, Abdul Malik Abul Kassim, adakah penjualan terbabit mengikut prosedur dan tidak melanggar undang-undang sedia ada.

"Tindakan itu kurang ajar, malah melalui laman web hartanah mengenai Bayan Mutiara juga terdapat beberapa individu mendakwa wujudnya masjid akan menyebabkan harga tanah jatuh," katanya.
Minggu lalu, Pemuda UMNO Pulau Pinang mendedahkan tapak masjid, sekolah, balai polis, kompleks gerai pusat penjaja dan pusat komuniti, yang sudah pun diberi kebenaran merancang oleh MPPP pada 2006, dijual oleh kerajaan negeri.

Tapak itu adalah antara kawasan yang termasuk dalam 'tanah emas' Bayan Mutiara yang dijual kepada pemaju swasta pada harga RM1.07 bilion.

Nik Mohamed Hussein berkata, pihaknya berkumpul kerana persoalkan tindakan Guan Eng yang tidak menjaga hak orang Melayu dan Islam.

"Saya minta semua pelajar bangkit mempersoalkan dan menentang pakatan pembangkang yang dilihat cuba memperbodohkan rakyat dan mahasiswa," katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

buah pala

apakah masjid tak layak untuk dibina di bayan mutiara yang bakal menjadi penang world city

fadzilah

sikit demi sikit rete orang melayu dikikis orang besar besar wat senyap jer ke atau tunggu dan lihat smp habis merempat dibumi sendiri?..

komeng

ermm biar betul ni, kenapa pulak bebudak ini yang pergi buat laporan polis, sepatutnya umno pulau pinang lah buat laporan sebab mereka yang mulakan isu ini...........

Yangretibase

Saya tidak fikir LGE seorang yang gila. Saya yakin beliau seorang yang rasional.

Brain Unggong

Nah baru tahukah, kayu ara tak akan mati walaubagaimana hendak lupuskannya. Fahamlah kita org melayu. Fikir2 lah semua,,, jangan harta boneka org kita di bulotiiiiiii.

penbiru

Hai, sikit punya hebat ke pemimpin PAS dan PKR Pulau Pinang.Nak tunggu komen tuan guru pulak.Tang bina gereja di Selangor dia no komen,roboh masjid pun no komen maknanya dah nayanyuklah.

satalano

Biaso lah kalau kuil koh, tokpekong koh payah nak diroboh kan Tetapi Masjid dan Surau sonang yo mereko nak buek apo sonang yo tu bangkit dan tukar pada bulan 6 nanti.Duli Kini Dan Selama Sama Nya.Ingat..............


0 ulasan:

Catat Komen