Ahad, 25 Mac 2012

Utusan Online - Rencana

Utusan Online - Rencana


Pengundi Cina sukar diramal

Posted:

Pengundi Cina sukar diramal

Oleh THOMAS CHONG
pengarang@utusan.com.my


Najib Tun Razak bersalaman dengan orang ramai ketika menghadiri majlis makan malam Perdana Menteri bersama Persatuan-persatuan Agama Cina Negeri Perak di Ipoh baru-bari ini. - gambar hiasan


WALAUPUN tarikh Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) masih belum dapat dipastikan, pelbagai spekulasi dan ramalan mengenai tarikh keramat itu juga tersasar, namun bahang pilihan raya semakin membara di segenap tempat di negara ini.

Topik mengenai peluang kemenangan sesebuah parti politik di satu-satu kawasan juga hangat dibincangkan, bukan sahaja di kedai-kedai kopi malahan situasi sama turut mewarnai kopitiam Cina.

Perbincangan kopitiam ini kadang kala dilihat 'kosong' atau dibicara secara bersahaja, manakala sarjana sains politik mungkin melihat perbualan di kopitiam ini sebagai kurang berasas atau tidak memenuhi syarat akademik.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Diplomasi acuan terbaik Barisan Nasional Kedah pupuk perpaduan di kalangan ahli

Posted:

Diplomasi acuan terbaik Barisan Nasional Kedah pupuk perpaduan di kalangan ahli

Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH
utusankedah@utusan.com.my

SUDAH lebih setahun teraju Badan Perhubungan UMNO Kedah dipimpin sepenuhnya oleh anak jati Kedah setelah negeri Jelapang Padi itu tumbang kepada pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008.

Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah diberi amanah besar oleh UMNO untuk mengambil alih jawatan pengerusi negeri yang disandang sementara oleh Naib Presiden parti, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkuat kuasa 1 Januari tahun lalu.

Kepercayaan yang diberikan itu diiringi dengan tanggungjawab berat memandangkan Ahmad Bashah perlu mengemudi UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam melakarkan segala agenda bagi memantapkan parti berhadapan dengan PRU-13 yang diletakkan harapan tinggi untuk menawan kembali pentadbiran negeri daripada pakatan pembangkang.

Hakikatnya, Ahmad Bashah mengemudi UMNO dan BN Kedah dalam keadaan sukar kerana sesiapa yang menjadi Pengerusi UMNO negeri sebelum ini turut memegang jawatan Menteri Besar yang berkelebihan dengan mempunyai pelbagai jentera dan peruntukan.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan