Khamis, 29 Mac 2012

Utusan Online - Politik

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 sukar diramal

Posted:

Keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 sukar diramal

PUTRAJAYA 29 Mac - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed berkata, keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 sukar diramalkan ekoran wujudnya pelbagai analisis sehingga menimbulkan kekeliruan di kalangan masyarakat.

Beliau berkata, ada sesetengah pihak menyatakan sokongan terhadap Barisan Nasional (BN) telah meningkat manakala di sebelah lain pula kata ada banyak rungutan terhadap BN.

'Kita sukar untuk meramalkan kerana situasi sekarang tidak seperti sebelum ini yang BN boleh menang dengan selesa pada pilihan raya umum.

''Tetapi saya yakin BN boleh menang tetapi adakah ia lebih baik berbanding pilihan raya umum 2008 atau memperoleh majoriti dua pertiga adalah satu persoalan yang sukar untuk diramalkan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Pendidikan Melayu Antarabangsa anjuran Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di sini, hari ini.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

DAP cenderung isu perkauman

Posted:

DAP cenderung isu perkauman

KUANTAN 29 Mac – DAP didakwa semakin giat memainkan isu perkauman termasuk meminta masyarakat Cina bersatu memberi sokongan kepada mereka bagi membolehkan negeri lain turut mengikut 'jejak langkah' Pulau Pinang yang diterajui oleh parti itu.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, malah di hadapan masyarakat Cina, pemimpin DAP mendakwa segala masalah yang berlaku di negara ini berpunca daripada UMNO dan oleh itu orang Cina perlu bersatu menyokong mereka.

Menurutnya, DAP juga menuduh MCA sebagai penghalang kepada usaha mereka untuk menguasai negeri-negeri lain.

"Sekarang DAP memainkan isu-

isu perkauman. Kebelakangan ini juga, ucapan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng di mana-

mana sahaja, dia suka menyentuh kejayaan membentuk kerajaan Pulau Pinang yang diterajui oleh pemimpin DAP.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

0 ulasan:

Catat Komen