Khamis, 15 Mac 2012

Utusan Online - Pahang

Utusan Online - Pahang


Masih ada undang padah

Posted:

Masih ada undang padah

AHMAD TALU,
Kuala Lipis


Seorang ibu membonceng anaknya tanpa memakai topi keledar di Jalan Kerambit dekat Kampung Batu Sembilan, Kuala Lipis, baru-baru ini.


Saudara Pengarang,
KASIH ibu terhadap anak sepanjang hayat tetapi apakah konotasi yang boleh kita terjemahkan apabila melihat seorang ibu yang menunggang motosikal sambil membonceng anak berusia dalam lingkungan empat tahun di sebatang jalan raya yang agak sibuk?

Si ibu barang kali tidak sedar apa yang dilakukan sama ada betul atau salah. Anggapannya betul, kerana dia dapat menunggang motosikal dengan selesa dan yakin setelah si anak duduk di belakang memeluk erat pinggangnya.

Sebaliknya, dia tidak sedar bahawa kesalahan yang besar dilakukan iaitu tidak memakai topi keledar termasuk pembonceng di belakangnya.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Tingkatkan usaha hargai tokoh Pahang

Posted:

Tingkatkan usaha hargai tokoh Pahang

IRENE ABDULLAH
Taman Pine, Jerantut


Nama Pawang Nong yang diberikan pada satu persimpangan di Jerantut menambahkan keceriaan bandar itu, sekali gus mampu mengangkat tokoh-tokoh sejarah Pahang untuk dikenali oleh masyarakat dan pelancong asing.


Saudara Pengarang,

SEBAGAI penghuni Bandar Jerantut Bandar Taman Negara (BJBTN), saya ingin melahirkan penghargaan dan syabas kerana Majlis Daerah Jerantut (MDJ) berada di landasan yang betul dalam menaik taraf kebersihan dan keceriaan bandar ini.

Kepekaan dan sensitiviti pihak MDJ bersama pasukan perancang bandar di sini cukup signifikan untuk mewujudkan BJBTN antara sebuah destinasi pelancongan yang damai dan tenang.

Apa tidaknya, persepsi pelancong Barat dan domestik terhadap Taman Negara Kuala Tahan, bermula apabila pancaindera mereka terarah dengan pelbagai landskap, papan tanda dan tumbuhan berbunga yang mewarnai persekitaran bandar ini.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Jangan harap pada MDJ sahaja

Posted:

Jangan harap pada MDJ sahaja

ABANG CANTIK
Jerantut


ANTARA premis perniagaan yang membiarkan pokok tumbuh pada bangunannya berhampiran Stesen Kereta Api Jerantut.


Saudara Pengarang,
JERANTUT merupakan bandar yang mendapat jolokan Bandar Taman Negara yang menjadi tumpuan para pelancong termasuk dari luar negara.

Selain, Taman Negara Kuala Tahan, Jerantut juga mempunyai banyak tempat menarik yang lain seperti Gua Kota Gelanggi, Lata Meraung, Lost Waterfall, Sungai Salan dan Lembah Kiol untuk dilawati.

Kehadiran ramai pelancong ke bandar Jerantut memaksa Majlis Daerah Jerantut (MDJ) menjalankan kerja-kerja untuk menjadikan Jerantut bandar yang cantik dan menarik.

Deretan bangunan lama yang menempatkan kedai runcit, hotel dan restoran berhampiran Stesen Kereta Api Tanah Melayu Berhad juga diberi nafas baru setelah dicat semula menggunakan warna yang lebih ceria.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan