Khamis, 15 Mac 2012

Utusan Online - Mahkamah

Utusan Online - Mahkamah


Lelaki dihukum mati

Posted:

Lelaki dihukum mati

Oleh LEE HOOI BOON
pengarang@utusan.com.my

PULAU PINANG 15 Mac - Seorang penganggur dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah mengedar 515.8 gram dadah jenis methamphetamine yang disorokkan di dalam sebuah mesin basuh, empat tahun lalu.

Hakim Datuk Zamani Abd. Rahim menjatuhkan hukuman itu ke atas Liang Weng Heng, 44, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Menurut beliau, berdasarkan keterangan saksi dan hujahan pihak pendakwaan serta pembelaan, mahkamah mendapati cara dadah itu disorok di dalam mesin basuh membuktikan tertuduh mempunyai pengetahuan tentang dadah tersebut serta mempunyai niat untuk melakukan kesalahan berkenaan.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut di sebuah rumah di Taman Impian Murni, Bukit Mertajam di sini kira-kira pukul 6.30 petang, 23 Ogos 2008.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Guru terlepas tali gantung

Posted:

Guru terlepas tali gantung


ABDUL Karim Mohammad ditemani isterinya, Fauziah Abdul Rahman gembira selepas dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, semalam.


KUALA TERENGGANU 15 Mac - Seorang guru bahasa Inggeris terlepas daripada hukuman gantung apabila Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskannya daripada tuduhan mengedar kanabis seberat 347.6 gram pada April tahun lalu.

Hakim Datuk Mohd. Yazid Mustafa membebaskan Abdul Karim Mohammad, 40, tanpa dipanggil membela diri setelah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Dalam keputusannya, Hakim Mohd. Yazid menjelaskan, pihak pendakwaan gagal membuktikan dadah berkenaan adalah milik tertuduh selain gagal membuktikan bilik nombor empat tempat dadah berkenaan ditemui adalah dihuni oleh tertuduh.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan