Jumaat, 23 Mac 2012

Utusan Online - Mahkamah

Utusan Online - Mahkamah


4 pelajar kolej dituduh membunuh

Posted:

4 pelajar kolej dituduh membunuh

Oleh MOHD. AZRAIE MD. YUSOF
pengarang@utusan.com.my


ANGGOTA polis mengawal empat tertuduh kes bunuh Zara Eleena Omar Peter dan Omar Peter Abdullah di Mahkamah Majistret di Petaling Jaya, Selangor, semalam.


PETALING JAYA 23 Mac - Misteri kematian pensyarah Bahasa Inggeris di Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernatics (KTAC), Zara Eleena Omar Peter, 23, dan bapanya di rumah mangsa dua minggu lalu, terungkai apabila empat pelajar kolej swasta dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Mayat kedua-dua mangsa yang ditemui empat hari selepas mereka dilaporkan hilang oleh ibu pensyarah tersebut menyebabkan Mohamad Zul Shahril Suhaimi, 20, Mohamad Sharafe Matt Noh, 19, Azizi Aizat Ibrahim, 20, dan Muhamad Safwan Muhamad, 20, kini berdepan dengan hukuman.

Tiga daripada mereka iaitu Mohamad Zul Shahril, Mohamad Sharafe dan Azizi Aizat adalah rakan sekolej manakala Muhamad Safwan dari kolej berasingan.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Pelayan curi barang istana dipenjara lima tahun

Posted:

Pelayan curi barang istana dipenjara lima tahun

SHAH ALAM 23 Mac – Pelayan istana yang diberkas kerana mencuri barang pameran bersejarah diperbuat daripada emas bernilai lebih RM200,000 di Istana Alam Shah, Klang dekat sini telah dijatuhkan hukuman penjara lima tahun, selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Klang, kelmarin.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, lelaki itu, Mohd. Ghazali Zainal, 47, kini menjalani hukuman di Penjara Kajang, Hulu Langat dekat sini.

Terdahulu, kata beliau, lelaki itu didakwa atas enam pertuduhan mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan mencuri yang dilakukan oleh orang gaji ke atas harta milik tuannya. Lelaki itu dituduh atas enam pertuduhan kerana mencuri barangan pameran itu satu demi satu.

"Lelaki itu mengaku bersalah ke atas keenam-enam pertuduhan dan dijatuhi hukuman penjara empat hingga lima tahun bagi setiap pertuduhan.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan