Jumaat, 23 Mac 2012

Utusan Online - Jenayah

Utusan Online - Jenayah


Pemuda ditemui mati terbakar

Posted:

Pemuda ditemui mati terbakar

Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 23 Mac - Sejak sebulan lalu seorang pemuda mengadu kepada rakan-rakannya bahawa dia sering diekori oleh 'Puteri Mayang Sari' sehingga mengganggu kehidupan sehariannya.

Halusinasi pemuda berusia 27 tahun itu bagaimanapun berakhir dengan tragedi misteri apabila dia ditemui mati terbakar di Sungai Ramal Dalam, Kajang dekat sini awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 2.30 pagi itu, mayat mangsa ditemui terbakar di hadapan rumah saudaranya yang terletak kira-kira lima kilometer dari rumahnya di Jenaris.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab berkata, mangsa maut di tempat kejadian selepas hampir keseluruhan tubuhnya terbakar.

Menurutnya, polis pada mulanya menyiasat kes tersebut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana percaya kejadian tersebut mempunyai unsur jenayah.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Wanita nekad kejar dua peragut

Posted:

Wanita nekad kejar dua peragut


INCHE Aminah Ismail menunjukkan laporan polis serta kesan kecederaan di tangan dan kaki selepas terjatuh dari motosikal akibat dihimpit dua peragut di Felda Palong Empat, Jempol, Negeri Sembilan, kelmarin. - uTUSAN/Sajida Asarulah Khan


JEMPOL 23 Mac - Biarpun kesakitan akibat patah gigi dan cedera di badan setelah terjatuh dari motosikal, seorang wanita nekad mengejar dua pemuda yang meragut beg tangannya dekat pejabat pos di Felda Palong Empat di sini kelmarin.

Dalam kejadian pukul 2.30 petang itu, mangsa, Inche Aminah Ismail, 47, terjatuh dari motosikal Yamaha Legend yang ditunggangnya setelah dihimpit motosikal dinaiki dua lelaki bertopi keledar yang kemudian meragut beg tangan.

Inche Aminah yang bekerja sebagai kerani di sebuah kilang getah di Felda Palong Lapan di sini memberitahu, dia yang terkejut dan kesakitan tidak berfikir panjang terus bangkit mengejar peragut berkenaan bagi mendapatkan semula beg tangannya yang berisi wang RM1,200, dokumen dan telefon bimbit.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan