Jumaat, 23 Mac 2012

Utusan Online - Rencana

Utusan Online - Rencana


Pembangkang semakin resah

Posted:

Pembangkang semakin resah

Oleh Zulkiflee Bakar
pengarang@utusan.com.my


Reaksi orang ramai yang sentiasa ingin mendekati dan bersalaman dengan najib tun razak dalam setiap siri perjumpaan perdana menteri dengan rakyat di seluruh negara.


KOMBINASI turun padang yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin mula meletakkan pakatan pembangkang yang dianggotai oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas dalam keresahan.

Ketika parti-parti berkenaan sedang berhadapan dengan masalah dalaman dan semakin terhakisnya kepercayaan rakyat kepada mereka, Najib dan Muhyiddin menjelajah ke seluruh pelosok tanah air bertemu rakyat.

PKR berhadapan dengan konflik tindak tanduk Penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mencetuskan kontroversi apabila menyatakan sokongan kepada sebarang usaha melindungi kepentingan Israel.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Tingkatkan perkhidmatan dan keyakinan rakyat

Posted:

Tingkatkan perkhidmatan dan keyakinan rakyat

Oleh Suffian Abu Bakar

HARI Polis Ke-205 akan disambut esok oleh bukan sahaja 111,450 orang pegawai dan anggotanya malah sebahagian besar masyarakat orang awam di negara ini yang terlibat secara tidak langsung dengan organisasi terbesar pasukan penguat kuasa tersebut.

Sejarahnya dilakar apabila Piagam Keadilan (Charter of Justice) oleh penjajah Inggeris bermula di Pulau Pinang pada 25 Mac 1807, maka wujudlah organisasi polis moden di Malaysia yang mencontohi sistem tersusun dan teratur polis British.

Menjadi sebuah pasukan yang lebih dua abad beroperasi, Polis Diraja Malaysia (PDRM) pastinya sudah boleh dianggap matang dan di bawah kepimpinan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar sejak September 2010, PDRM kini berdepan dengan pelbagai bentuk cabaran, khususnya era globalisasi ketika ini di mana rakyat lebih bersikap terbuka dan bebas mengkritik.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan