Utusan Online - Jenayah |
| 22 pemandu degil ditahan bawa muatan berlebihan Posted: 22 pemandu degil ditahan bawa muatan berlebihan![]() ANGGOTA SPAD menimbang berat muatan lori batu sewaktu Operasi Bersepadu Unit Khas Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, JPJ dan SPAD di Stesen Timbang JPJ Air Bemban Sedenak, Kulai Jaya, semalam. KULAIJAYA 14 Mac - Kedegilan 22 pemandu lori membawa muatan berlebihan termasuk yang sering berulang-alik ke Singapura memberi padah apabila mereka ditahan dalam tiga operasi di sekitar Johor Bahru semalam. Semua mereka ditahan dalam operasi yang dijalankan oleh Unit Khas Ketua Trafik Bukit Aman di sekitar Skudai, Gelang Patah dan Kangkar Pulai bermula pukul 7 pagi hingga 6 petang ini. Ketua Operasi, Asisten Supritendan Khuzir Abd. Majit berkata, kesemua 22 lori yang ditahan telah dibawa ke Stesen Timbang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Air Bemban di sini untuk pemeriksaan lanjut. ...Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh. |
| Posted: Kumpulan curi kereta tumpasOleh KHAIRUL NAJIB ASARULLAH KHAN TELOK KEMANG 14 Mac - Satu kumpulan curi kenderaan mewah menggunakan peralatan elektronik canggih yang mampu mematikan sistem penggera, isyarat sistem penentu kedudukan global (GPS) seterusnya menghidupkan kenderaan berjaya ditumpaskan polis dengan tertangkapnya tujuh anggota kumpulan itu dalam beberapa siri operasi bermula 28 Januari lalu. Peralatan elektronik yang digunakan itu adalah 'Signal Jammer' untuk menyahaktif frekuensi sistem penggera dan isyarat GPS sebelum memecah masuk ke dalam sesebuah kenderaan. Suspek pada masa sama menggunakan satu lagi peralatan dikenali sebagai 'Key Programming System' untuk meneutralkan sistem keselamatan. Satu lagi peralatan yang dikenali sebagai Alat Kawalan ECU kemudian digunakan untuk menghidupkan enjin dengan menggunakan kunci baru. ...Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh. |
| You are subscribed to email updates from Utusan Online - Jenayah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan