Khamis, 15 Mac 2012

Utusan Online - Kota

Utusan Online - Kota


30 rumah dilanda banjir kilat

Posted:

30 rumah dilanda banjir kilat

Oleh MOHD. AINUDDIN ALIFF SALEHUDEN
kota@utusan.com.my


R. Punitha (kanan) dibantu oleh jirannya untuk mengangkat barangan di rumahnya ke tempat selamat apabila banjir kilat melanda Kampung Batu 8 di Jalan Bukit Kemuning, Shah Alam petang semalam. - UTUSAN/Ahmad Fadzly Esa


SHAH ALAM 15 Mac - Kira-kira 30 buah rumah yang didiami 200 penduduk di Kampung Batu 8, Jalan Bukit Kemuning di sini dinaiki air ekoran banjir kilat selepas hujan lebat petang ini.

Banjir kilat yang bermula pukul 5 petang iaitu selepas hujan lebat dipercayai berpunca daripada sistem perparitan yang lemah serta tidak disenggara dengan baik.

Difahamkan, kejadian banjir kilat yang menyebabkan para penduduk mengalami kerugian akibat kerosakan harta benda ini sering dialami sejak beberapa tahun lalu.

Seorang penduduk, G. Vanatheyi, 50, berkata, dia sedih kerana banyak barang keperluan harian di rumahnya rosak setiap kali banjir menimpa kawasan itu.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Kecekapan Syabas, Splash dipuji

Posted:

Kecekapan Syabas, Splash dipuji

Oleh MUHAMMAD AZRUL RADI
kota@utusan.com.my


Penduduk Pangsapuri Cempaka di Kota Damansara, Petaling Jaya, Saadiah Johari ceria ketika menadah air untuk kegunaan harian apabila bekalan air pulih lebih cepat daripada jangkaan, semalam. - utusan/Abdul Razak Latif


KUALA LUMPUR 15 Mac - Penduduk sekitar Lembah Klang berasa lega kerana Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) dan Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor (Splash) berjaya memulihkan masalah gangguan air di kawasan mereka lebih awal daripada jangkaan.

Tinjauan Utusan Malaysia di beberapa kawasan di sekitar Lembah Klang hari ini mendapati bekalan air pulih seperti biasa dan penduduk juga bebas melakukan rutin harian tanpa perlu bimbang untuk menyimpan air.

Penduduk di Pangsapuri Cempaka di Kota Damansara, Petaling Jaya, Ramlah Johari, 50, bersyukur kerana bekalan air kembali pulih walaupun persediaan sudah dilakukan bagi menghadapi situasi tersebut.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Jelajah Nurani Rakyat: Perdana Menteri lawat Selangor Ahad ini

Posted:

Jelajah Nurani Rakyat: Perdana Menteri lawat Selangor Ahad ini

SHAH ALAM 15 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengadakan lawatan kerja sehari di Selangor dalam siri program tinjauan susulan jelajah Nurani Rakyat di Petaling Jaya, dekat sini dan Shah Alam pada Ahad ini.

Koordinator Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed berkata, lawatan kerja Perdana Menteri yang juga Pengerusi Badan Perhubungan BN Selangor itu akan bermula pukul 11 pagi dan berakhir pukul 6.30 petang.

Beliau berkata, tinjauan itu dibuat kerana Perdana Menteri mahu memastikan usaha beliau dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang turut kerap turun padang di Selangor menepati kehendak masyarakat setempat dan dilaksanakan mengikut perancangan.

"Perdana Menteri mahu menyediakan lebih banyak ruang untuk mendekati denyut nadi masyarakat di Selangor yang sudah mula menyatakan secara terbuka bahawa mereka sudah bersedia untuk memilih semula BN untuk kembali mentadbir negeri dengan lebih cekap.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan