Khamis, 15 Mac 2012

Kosmo Online

Kosmo Online


Kad diskaun mahasiswa diperkenal sebelum Jun

Posted:

Kad diskaun mahasiswa diperkenal sebelum Jun

Kad diskaun mahasiswa diperkenal sebelum Jun

15/03/2012 9:03pm

BANGI - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan memperkenalkan kad diskaun kepada mahasiswa di semua institusi pengajian tinggi (IPT) sebelum bulan Jun tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kad itu bertujuan meringankan beban mahasiswa akibat kenaikan harga barang.

Beliau berkata, kementerian kini berbincang dengan pedagang besar yang terlibat dalam perniagaan seperti kedai buku, barangan sukan dan syarikat pengangkutan bagi membolehkan mahasiswa menikmati diskaun apabila membeli-belah.

"Kementerian menyasarkan sekurang-kurangnya 10 pedagang dan kini terdapat tujuh pedagang yang terlibat. Kementerian sedang mempercepatkan proses perbincangan dengan pedagang lain dan kita yakin boleh selesai dalam tempoh terdekat.

"KPDNKK turut bekerjasama dengan Bank Rakyat untuk mengeluarkan kad diskaun pelajar yang kini dalam proses mereka bentuk," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Gerakan Pengguna Siswa Kebangsaan, yang disertai lebih 400 penuntut 122 IPT awam dan swasta di seluruh negara, di Universiti Kebangsaan Malaysia hari ini. — BERNAMA

Penyata akaun simpanan perlu diberi percuma

Posted:

Penyata akaun simpanan perlu diberi percuma

Penyata akaun simpanan perlu diberi percuma

15/03/2012 8:56pm

PETALING JAYA — Semua pemegang akaun simpanan berhak untuk mendapatkan penyata akaun simpanan bank pada setiap bulan secara percuma, kata Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia, Datuk N. Marimuthu.

Beliau berkata, penyata akaun simpanan perlu diberikan kepada pemegang akaun secara percuma tanpa dikenakan sebarang caj disebabkan mereka telah membuka akaun simpanan dan melaburkan duit simpanan kepada pihak bank.

"Tidak wajar pihak bank mengenakan caj yang tidak relevan kepada pemegang akaun bagi mendapatkan penyata bulanan kerana ia penting untuk mereka mengetahui aliran keluar masuk wang di dalam akaun simpanan.

"Apa yang lebih mengejutkan adalah terdapat bank yang mengenakan caj RM2 hingga RM15 bagi setiap muka surat penyata bulanan sekiranya pemegang ingin mendapatkannya," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen "Hak Mendapatkan Penyata Simpanan Saya" di sini hari ini.

Marimuthu berkata, walupun penyata bulanan boleh dilihat oleh pemegang akaun secara online, beliau berpendapat sistem dokumentasi adalah lebih penting terutamanya melibatkan wang simpanan setiap pemegang.

"Menurut Bank Negara, setiap pemegang akaun mesti diberikan passbook atau penyata bulanan. Pengguna tidak boleh merujuk kepada penyata simpanan mereka sekiranya berlaku percanggahan jumlah simpanan di bank jika mereka tidak mendapat penyata bulanan," katanya.

Menurutnya, kempen "Hak Mendapatkan Penyata Simpanan Saya" yang dilancarkan hari ini akan berjalan selama 45 hari dengan menggunakan laman sosial Facebook sebagai medium bagi pemegang akaun simpanan mengemukakan aduan dalam mendapatkan penyata bulanan mereka.

Marimuthu berkata, kesemua aduan yang diterima sepanjang kempen itu akan dilanjutkan kepada pihak Bank Negara Malaysia dengan kerjasama Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) untuk tindakan susulan. — BERNAMA

‘Drama Tom Yam’ dalam Dewan Rakyat

Posted:

'Drama Tom Yam' dalam Dewan Rakyat

'Drama Tom Yam' dalam Dewan Rakyat

15/03/2012 8:53pm

KUALA LUMPUR — Datuk Tajuddin Abdul Rahman diserang bertubi-tubi oleh beberapa Ahli Parlimen dari Kelantan hanya kerana salah faham mengenai isu menjual tom yam.

Ahli Parlimen Pasir Salak itu yang sedang membahaskan usul menjunjung kasih Titah Diraja menimbulkan isu mengenai pembangunan ekonomi dan membuat perbandingan pencapaian antara kerajaan dengan pembangkang, terutamanya kerajaan Pas yang telah memerintah Kelantan selama 22 tahun.

"Kita nak menuju kepada pembangunan ekonomi, kita (kerajaan) dah buat. Pembangkang kata boleh buat lebih baik, tapi mana rekodnya? Baru bagi sikit pun tak boleh buat.

"Dah 22 tahun memerintah, cukupkah sekadar bayar gaji penjawat awam negeri. Berapa ramai orang Kelantan yang datang ke Perak berniaga, jual tomyam sebab tak boleh buat di Kelantan," katanya.

Kenyataan itu bagaimanapun disalah tafsir oleh beberapa Ahli Parlimen dari Kelantan termasuk Salahuddin Ayub (Pas-Kubang Kerian) yang secara keras menyifatkan kenyataan itu menghina orang Melayu yang berniaga tom yam dan meminta Tajuddin menarik semula kata-kata tersebut.

Permintaan Salahuddin itu turut disokong Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli (Pas-Kuala Krai) dan Datuk Kamarudin Jaffar (Pas-Tumpat).

Tajuddin yang berang akibat tuduhan yang dilemparkan bertubi-tubi itu termasuk serangan berbentuk peribadi, mempertahankan dirinya dengan menjelaskan beliau langsung tidak berniat menghina sesiapa.

Cubaan Timbalan Speaker, Datuk Ronald Kiandee untuk menenangkan keadaan dengan meminta mereka bertenang bagaimanapun gagal kerana tidak diendahkan, mengakibatkan kekecohan berterusan sehingga 10 minit.

Persidangan Dewan bersambung Isnin. — BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan