Khamis, 15 Mac 2012

Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


Dialog besar-besaran baiki dasar pendidikan

Posted:

Dialog besar-besaran baiki dasar pendidikan

Dialog besar-besaran baiki dasar pendidikan

Oleh MOHD. YUNUS YAKKUB
yunus.yakkub@kosmo.com.my

GOLONGAN pendidik dan pelajar akan mempunyai sistem pendidikan yang lebih baik pada masa depan menerusi langkah Kementerian Pelajaran mewujudkan siri dialog pendidikan nasional. Gambar kecil, Tiong King Sing.


KUALA LUMPUR - Kementerian Pelajaran akan mengadakan siri dialog kebangsaan bermula bulan depan hingga akhir tahun ini bagi mengumpul input ke arah penyediaan Pelan Pembangunan Pendidikan Negara.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pelan itu apabila siap kelak akan digunakan untuk menggubal satu Perancangan Strategik mengenai hala tuju sistem pendidikan negara pada masa depan.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran menambah, proses pengumpulan input itu memerlukan masa dan penelitian yang mendalam bagi memastikan penambahbaikan sistem pendidikan menepati kehendak semua pihak.

"Kita menjangkakan laporan awal akan dapat dihasilkan pada September dan laporan akhir pula pada bulan Disember ini sebelum penggubalan dan pembangunan Perancangan Strategik pendidikan yang baharu," katanya menjawab soalan Datuk Seri Tiong King Sing (BN-Bintulu) pada persidangan Dewan Rakyat semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Sangka hidup

Posted:

Sangka hidup

Sangka hidup

Oleh NASRI JAMALUDIN
mohdnasri.jamaludin@kosmo.com.my

JOHOR BAHRU - Kematian tragis Nurul Nadirah Abdullah yang masuk hari keempat semalam masih lagi dirasai ahli keluarga dan sahabat handai, namun abang mangsa tetap menyangka yang adiknya itu masih hilang.

Ibu kanak-kanak itu, Roselyn Alan, 25, memberitahu, anak sulungnya, Mohd. Hafis, 6, masih menganggap adiknya hilang dan tidak tahu mengenai kejadian sebenar yang menimpa Nurul Nadirah, 5, atau lebih mesra disapa Dirang.

"Mohd. Hafis cakap dengan saya jangan menangis nanti Dirang balik. Kata-kata itu membuatkan saya lebih sedih kerana dia masih tidak tahu apa yang telah berlaku ke atas adiknya," cerita Roselyn.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Amah Indonesia dapat gaji RM700

Posted:

Amah Indonesia dapat gaji RM700

Amah Indonesia dapat gaji RM700

JAKARTA - Indonesia semalam mula melatih pembantu rumah untuk dikirim ke Malaysia di mana mereka hanya akan melakukan satu tugas khusus dengan gaji minimum RM700.

Jika seorang pembantu rumah itu diambil untuk menjadi tukang masak, ia akan hanya menjalankan tugas memasak serta tugas-tugas berkaitan tukang masak dan tidak akan menjalankan tugas-tugas lain seperti mengasuh bayi.

Itulah antara hasil yang dicapai pada pertemuan Pasukan Petugas Bersama (JTF) Malaysia-Indonesia mengenai pengambilan, penempatan dan perlindungan pembantu rumah Indonesia serta majikan Malaysia di sini semalam.

Ketua Pengarah Pembinaan dan Penempatan Tenaga Kerja, Kementerian Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia, Dr. Reyna Usman berkata, JTF mencapai kesepakatan terhadap empat jawatan khusus untuk pembantu rumah Indonesia iaitu tukang masak, pengasuh bayi, penjaga orang tua dan pengemas rumah.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan