Rabu, 14 Mac 2012

Utusan Online - Kota

Utusan Online - Kota


Pengambilan semula tanah oleh kerajaan negeri

Posted:

Pengambilan semula tanah oleh kerajaan negeri

Oleh Muhamad Aimy Ahmad
kota@utusan.com.my


Sebahagian rumah penduduk yang dibina berhampiran tebing Sungai Langat yang bakal diambil semula kerajaan negeri bagi mengatasi masalah banjir yang berlaku di Hulu Langat, Selangor, baru-baru ini. - UTUSAN/Hafiz Johari


HULU LANGAT 14 Mac - Penduduk yang rumah mereka berdekatan Sungai Langat, di sini memberi reaksi positif terhadap cadangan kerajaan negeri hendak mengambil semula tanah berhampiran tebing sungai itu bagi mengatasi banjir.

Bagaimanapun, selain pampasan setimpal mesti diberikan, mereka juga meletakkan syarat untuk melihat terlebih dahulu cadangan rasmi agar tanah yang diambil kelak tidak digunakan untuk tujuan lain.

Tinjauan Utusan Malaysia di Kampung Rantau Panjang dan Kampung Dusun Tua mendapati, rumah-rumah berhampiran sungai dibina dalam lingkungan 20 ke 30 meter dari Sungai Langat.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Penduduk terus berwaspada

Posted:

Penduduk terus berwaspada

Oleh AZIAN AZIZ
kota@utusan.com.my


Keadaan rumah penduduk yang musnah dalam kejadian arus deras serta hakisan tebing muara Sungai Klang di jeti Kampung Nelayan Telok Gong, Klang, kelmarin. - UTUSAN/Mohd. shaharani Saibi


SHAH ALAM 14 Mac - Kejadian hakisan tanah yang menyebabkan beberapa buah kedai runcit, stor dan warung di jeti Kampung Nelayan Telok Gong, Pelabuhan Klang dekat sini runtuh ke dalam muara Sungai Klang dan dihanyutkan arus deras semalam masih berlaku tetapi tidak begitu serius.

Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) kawasan itu, Wazirudin Mokhtar berkata, hakisan tanah itu dilihat masih berlaku di bahagian belakang kawasan rumah kedai dan rumah penduduk yang berhampiran dengan muara sungai.

"Terdapat empat keluarga yang masih tinggal di tebing muara sungai tersebut tetapi dua daripadanya telah berpindah malam semalam atas nasihat pihak bomba kerana rumah mereka berada berdekatan dengan kawasan tersebut.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Bekalan air dijadual pulih malam ini

Posted:

Bekalan air dijadual pulih malam ini

KUALA LUMPUR 14 Mac - Kerja-kerja penyenggaraan dan penukaran aset-aset utama di Loji Rawatan (LRA) Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1) adalah mengikut jadual yang ditetapkan dan berada pada tahap 90 peratus.

Pengarah Eksekutif Bahagian Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Abdul Halem Mat Som berkata, Loji SSP1 dijangka beroperasi semula pada pukul 8 malam ini.

"Setakat pukul 5 petang ini, kami dimaklumkan oleh Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor (Splash) bahawa penggantian Sluice Valve bersaiz 800 milimeter (mm) pada pam nombor tujuh telah pun selesai.

"Manakala kerja-kerja pemasangan Delivery Sluice Valve bersaiz 1,350 milimeter di pam sama sedang dijalankan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan