Rabu, 14 Mac 2012

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


Sistem pendidikan perlu dirombak

Posted: 13 Mar 2012 03:13 PM PDT

MukaDepan

NAJIB diiringi Muhyiddin melawat pameran teknik program I-Think  pada majlis pelancaran program berkenaan di dewan Bangkuasi Parlimen, semalam.

NAJIB diiringi Muhyiddin melawat pameran teknik program I-Think pada majlis pelancaran program berkenaan di dewan Bangkuasi Parlimen, semalam.

PM mahu perubahan aspek mengajar dan cara belajar sejajar tranformasi negara

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata sistem pendidikan negara perlu dirombak kerana sudah sampai ke satu tahap yang memerlukan perubahan terutama dalam aspek mengajar dan cara belajar.

Perdana Menteri berkata, langkah ini sejajar proses transformasi negara bagi melahirkan generasi muda yang mampu berfikir dan mempunyai kelebihan mengadaptasi ilmu bagi menghadapi cabaran masa akan datang.

"Transformasi ke arah negara bermaklumat, negara inovasi, berpendapatan tinggi dan berdaya saing memerlukan transformasi sistem pendidikan terutama mengenai cara kita belajar dan mengajar. Beliau berkata, corak pendidikan sebelum ini yang menekankan kepada 'hafalan' perlu diubah dengan menekankan kepada kemahiran proses berfikir di kalangan pelajar supaya mereka mampu menggunakan ilmu yang dipelajari untuk kepentingan diri sendiri.

"Oleh kerana dunia sudah berubah, keperluan kita adalah menyediakan generasi hari ini untuk dunia yang akan datang," katanya berucap pada majlis pelancaran Program I-Think, di dewan Bangkuasi Parlimen, semalam.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Menteri Pelajaran dan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Maximus Ongkili.

Perdana Menteri berkata, walaupun sistem pendidikan negara sudah banyak memberi sumbangan besar kepada pembangunan dan kejayaan negara, namun dunia akan datang berbeza dengan hari ini kerana banyak peluang pekerjaan pada masa depan masih belum wujud ketika ini.
"Saya difahamkan 70 hingga 80 peratus jenis pekerjaan pada hari muka belum wujud hari ini. Jadi bagaimana kita hendak menyediakan anak kita hari ini untuk masa depan kerana pekerjaan untuk mereka belum lagi wujud.

"Jadi kita memerlukan kaedah pembelajaran yang menekankan aspek bagaimana untuk menggunakan pengetahuan yang ada serta bagaimana untuk berfikir. Jika kita boleh fikir, maka ia memberi kelebihan untuk mengadaptasi sebarang situasi," katanya.

Najib turut memaklumkan bahawa Projek I-Think yang kini dilaksanakan di 10 sekolah akan diperluaskan ke kira-kira 1,000 lagi sekolah tahun depan dan kepada semua sekolah menjelang 2014.

Program I-Think adalah projek bersama Kementerian Pelajaran dan Agensi Inovasi Malaysia bertujuan memupuk kemahiran pemikiran yang tinggi dan inovasi di peringkat sekolah rendah dan menengah.

Pada awal tahun ini, sepuluh sekolah dipilih di seluruh negara untuk menjadi sebahagian daripada projek perintis yang bertujuan memperkenalkan proses berfikir di kalangan pelajar sekolah.

Sementara itu, Muhyiddin berkata, kementerian dalam proses mentransformasi sistem pendidikan dengan meningkatkan mutu pembelajaran dan pengajaran.

"Menerusi program I-Think ini, kementerian berusaha menerap proses berfikir bagi membantu murid memahami sesuatu konsep dan aplikasi konsep itu dalam menyelesaikan segala permasalahan yang diberikan," katanya.

Muhyiddin berkata, kemahiran itu juga akan menjadi sebahagian daripada modul di Institut Pendidikan Guru untuk memastikan bakal guru cukup terlatih dan bersedia menyampaikan teknik program I-Think selepas tamat pengajian mereka.

Katanya, langkah seumpama itu adalah satu permulaan penting dalam menaik taraf mutu sistem pendidikan negara agar aspirasi holistik Falsafah Pendidikan Kebangsaan dapat dicapai.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

Real Amazon

betul tu....bebanan tugas guru yg bukan mengajar terlalu banyak...menyebabkan masa guru utk prepare dan tumpu kepada pelajar jadu kurang.....sepatutnya hantar sorang pegawai ijazah kat sekolah utk buat key in data yg melambak tu, daftar peperiksaan, emis, selenggara buku teks, jaga komputer dll yg sebenatnya bukan tugas guru. Jadi cikgu boleh tumpu lebih banyak kepada pelajar.

hanafi

Tak salah memperkenalkan / merombak dasar pendidikan negara demi meningkatkan tahap inovasi dikalangan rakyat amnya dan para pelajar khususnya.Pelbagai dasar telah dilaksanakan oleh Kerajaan termasuk PPSMI yg awalnya bermatlamat baik tetapi akhirnya dimansuhkan kerana KETIDAKUPAYAAN pelajar utk memahami subjek teras dalam bahasa Inggeris. Isu pokok ialah NISBAH / RATIO guru kepada pelajar yg PERLU diberi PERHATIAN sebenarnya. Kalau 1 kelas pun dah melebihi 30 pelajar, bagaimana guru / pelajar dapat memberi perhatian dalam kelas? Akhirnya ibubapa menghantar pelajar ke kelas tambahan yg menelan kos ratusan / ribuan ringgit sebulan. Saya berpendapat, sekiranya nisbah guru : pelajar dikurangkan sehingga 1:15 maka pelajar lebih memahami apa yg dipelajari seterusnya mengaplikasikan ilmu (inovasi) tersebut dalam kegiatan harian. Mengajar dalam bahasa Urdu pun pelajar boleh faham....

Omar Hashim Bin Hodjari

Melihat kepada masyarakat yang banyak terlibat jenaya, masih kurang kesedaran penjagaan kesihatan, meningkatnya penyakit, gejala sosial, pelanggaran undang-undang, pelanggaran pematuhan undang-undang jalan raya, kekurangan kejujuran dan intergriti dalam pekerjaan dan kurang kepatuhan dan hormat kepada ibu-bapa, adalah menampakkan betapa rapuhnya dasar pendidikan negara. saya melihat itulah ukurannya.

merry

keputusan yg bagus,skrg budak pergi ke sekolah dgn beg yang berat tetapi otak kosong sahaja,yg dapat hanya buli saja,tak bolehkah beg diringankan ? atau dekat sekolah disiapkan locker buat murid ,banyak sekarang murid-murid belajar buli .disiplin kat sekolah tak cukup ketat atau memang sudah sifat murid itu sendiri (suka buli orang)

mohamad

Kementerian n kerajaan perlu cepat membuat transformasi mengikut keperluan terkini barulah rakyat n remaja berada dilandasan yg betul n tepat dengan kehendak negara dalam era semasa n jika ada pengacau @penghalang perlu disingkirkan tanpa krompromi

shariff

pd pndangan aku lbih baik wat R&D dlu sbab nnti akn mrugikan ngare dan rkyat..dh btul2 brsdia bru umumkan dn trus lksanakan..

jit rahman

Corakkan juga sistem pendidikan yang menekankan pembaikan akhlak atau moral. Akhlak atau tingkah laku jasad menggambarkan sifat rohani seseorang. Aspek batin yang indah serta cantik akan melahirkan akhlak yang baik dan mulia. Pembangunan kerohanian merupakan salah satu kaedah yang digunakan untuk membentuk akhlak diri yang baik. "Sebaik-baik kamu ialah yang paling baik akhlaknya." "Perbaikilah budi pekerti kamu sekalian." (hadith-hadith) Setiap orang perlu mempelajari apakah akhlak yang terpuji dan apakah akhlak yang dikeji. Imam Al-Ghazali berpendapat, akhlak manusia boleh diubah dan ditukar dari usaha yang gigih melalui pendidikan (mengajar dan mengasuh) dan latihan moral yang sesuai.

Zakuan Hassan

beginilah nasib sistem pendidikan negara kita..esok tukar menteri baru... keluar lagi cadangan baru... tidak ada kesinambungan.. yang menjadi mangsa ialah pelajar.. yang akan di salahkan..guru-guru..

HJ. ZAINAL ABIDIN BIN MONIL

Murid harus dipupuk cara berfikiran mereka

annacomel

Saya sangat setuju.Selain kemahiran menekan kemahiran berfikir beberapa aspek lain juga perlu disediakan untuk menghadapi cabaran limpahan gelombang ilmu. saya lihat cara kerja guru pun sudah berbeza. Perbezaan itu bagus jika kerja dan kos setimpal dengan hasil atau impak kepada murid. Sejak kebelakangan ini kerja guru lebih kepada program - program yang membazir (kos dan tenaga tidak setimpal dengan impak) Lagipun stail masa kini yang popular diarahan oleh JPN ialah program2 ciptaan mereka .Guru telah dilatih untuk melaksanakan tugas tetapi apa bila tiba disekolah lain pula kerja yang dibuat.selain itu kurangkan membuat kerja kerja untuk didokumentasikan kunun menampakkan kerja cemerlang untuk dipantau.Pngetua lebih mementing dukomentasi agar sekolah nampak rajin dan hebat.Contoh untuk melaksanakan keceriaan satu sudut di dalam kelas pun kena ada kertas kerja dan laporan bergambar.Contoh lain juga untuk melantik pengawas di mestikan ada kertas kerja dan laporan untuk didokumentasikan kepada pemantau kununnya.semua kerja di mestikan ada kertas kerja.Semua arahan ini mujud untuk kerja menunjuk-nunjuk padahal hasil sama sahaja jika dilaksanakan secara bijak dan tidak bertujuan untuk menunjuk-nunjuk.hampir setiap minggu guru akan sibuk dengan pedokumentasian sahaja sehingga mengabaikan kualiti mengjara dalam kelas.Pedokumentasian itu pula menggunakan alatan dan duit poket sendiri.


Tergamak bakar cucuku

Posted: 13 Mar 2012 03:08 PM PDT

MukaDepan

NENEK mangsa, Minar Jul ditenangkan ahli keluarga sebaik melihat tempat mayat Nurul Nadirah Abdullah dibakar di kawasan perumahan terbangkalai di Nusa Damai Masai, Johor Bahru, semalam. - Foto Zulkarnain Ahmad Tajuddin

NENEK mangsa, Minar Jul ditenangkan ahli keluarga sebaik melihat tempat mayat Nurul Nadirah Abdullah dibakar di kawasan perumahan terbangkalai di Nusa Damai Masai, Johor Bahru, semalam. - Foto Zulkarnain Ahmad Tajuddin

PASIR GUDANG: "Kenapa cucu saya dibakar dan diperlakukan sekejam ini," rintih Milnah Jul, 52, nenek Nurul Nadhirah Abdullah, 5, yang dibunuh dan dibakar ketika melawat tempat kejadian di kawasan perumahan terbengkalai di Nusa Damai, semalam.

Milnah terduduk dan terus menangis di tepi lubang sedalam satu meter yang mempunyai kesan hitam pada tepi dinding yang digali itu.

Pada 8 Mac yang lalu, operasi mencari yang dilakukan datuk Dirang, Alan Alip, 49, bersama sekumpulan penduduk menemui tengkorak dan rangka manusia di dalam lubang berkenaan yang pada mulanya mereka sangkakan anak patung. Berita lanjut dapatkan akhbar Berita Harian hari ini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan