Rabu, 14 Mac 2012

Kosmo Online

Kosmo Online


Dua maut dalam dua kes gaduh di Tawau

Posted:

Dua maut dalam dua kes gaduh di Tawau

Dua maut dalam dua kes gaduh di Tawau

14/03/2012 10:00pm

TAWAU — Dua lelaki maut susulan pergaduhan dalam dua kejadian berasingan yang dipercayai berpunca daripada perselisihan faham di sini semalam.

Ketua Polis Tawau, ACP Ibrahim Chin berkata, kes pertama membabitkan seorang pekebun sayur warga Indonesia berusia 30 tahun, yang maut selepas ditikam rakan senegara, kira-kira 4 petang di Kampung Apas Parit.

Suspek yang berusia 31 tahun berjaya diberkas empat jam kemudian di bandar Tawau ketika cuba melarikan diri, katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Ibrahim berkata, dalam kejadian kedua, seorang lelaki berusia 39 tahun meninggal dunia akibat kecederaan ditikam dengan pisau pemotong sayur oleh seorang lelaki di Batu 3, Jalan Apas, petang semalam.

Mangsa meninggal dunia di Hospital Tawau beberapa jam selepas dimasukkan ke hospital itu untuk rawatan, manakala suspek yang berusia 41 tahun berjaya diberkas di tempat kejadian, katanya. — BERNAMA

287 keluarga bakal terima Zakat MAIWP

Posted:

287 keluarga bakal terima Zakat MAIWP

287 keluarga bakal terima Zakat MAIWP

14/03/2012 9:45pm

KUALA LUMPUR 14 Mac — Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah mengenalpasti 287 keluarga yang layak menerima zakat sejak Skuad Jejak Asnaf Baitulmal MAIWP dilancarkan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

"Pendekatan yang kita lakukan memang benar-benar berkesan. Kita (MAIWP) telah bertemu kelompok tersebut, kita tengok keadaan rumah, saiz rumah dan tengok kepada kemampuan mereka yang dipanggil had kifayah sebelum beri bantuan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Jejak Asnaf Baitulmal MAIWP di Kampung Tangki Bukit Air, Cheras, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Jamil Khir berkata usaha menjejaki individu yang berhak menerima zakat dilakukan kerana terdapat pihak yang tidak mengetahui cara untuk mendapatkan bantuan zakat yang disediakan MAIWP kerana kurang pendedahan.

Beliau yang juga Pengerusi MAIWP berkata, mulai bulan depan semua jawatankuasa masjid di Wilayah Persekutuan akan turut memainkan peranan memaklumkan kepada MAIWP jika terdapat asnaf di kawasan mereka.

Skuad Jejak Asnaf Baitulmal MAIWP dilancarkan pada 16 Feb lalu dianggotai oleh 32 pegawai dan dibantu oleh 60 ketua amil dan 700 amil di seluruh Wilayah Persekutuan. — BERNAMA

Sibu bukan bandar gengster - KP Sibu

Posted:

Sibu bukan bandar gengster - KP Sibu

Sibu bukan bandar gengster - KP Sibu

14/03/2012 9:39pm

SIBU — Sibu, bandar ketiga terbesar di Sarawak selepas Kuching dan Miri, bukan bandar yang dipenuhi gengster, kata Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Shafie Ismail sebaliknya ia adalah selamat untuk dikunjungi, bekerja atau didiami.

Menurut beliau, walaupun bandar itu dianggap sebagai salah satu kawasan panas di negeri itu, ia lebih berdasarkan kepada jumlah siasatan kes yang dijalankan berbanding jenayah sebenar yang berlaku.

Secara purata dua kes dilaporkan sehari, dan paling banyak sembilan, katanya selepas melancarkan program pencegahan jenayah Pelatih Program Khidmat Negara (PLKN) di taman Junaco di sini hari ini.

"Ini bukan satu sebab untuk dibimbangkan," katanya, dan menambah bagaimanapun anggota polis masih lagi kekurangan iaitu nisbah satu anggota polis bagi setiap 480 orang.

Jelas beliau, bandar itu yang mempunyai 200,000 penduduk, sentiasa ditingkatkan kawalan keselamatannya di mana pihak polis diperkuat dengan kehadiran anggota Rela dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dalam rondaan harian anti jenayah.

Shafie berharap pelatih PLKN akan mendaftar sebagai "Rakan Cop" sebaik tamat latihan mereka untuk menyumbang khidmat membanteras jenayah di bandar masing-masing. — BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan