Rabu, 27 Jun 2012

Kosmo Online

Kosmo Online


Lelaki terlibat kes samun di pusat beli belah ditahan

Posted:

Lelaki terlibat kes samun di pusat beli belah ditahan

27/06/2012 8:52pm

KUALA LUMPUR — Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai ketua "Geng Khairul" yang disyaki terlibat dalam kes samun seorang wanita di pusat beli belah di sini 23 Jun lepas.

Suspek, seorang penganggur berusia 21 tahun, yang berasal dari Gerik, Perak itu ditahan di rumahnya di Taman Desa, Brickfields pada kira-kira pukul 3 pagi ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Supt. Aida Abdul Hamid berkata, polis turut menemui sebahagian daripada barangan milik mangsa yang disorokkan suspek.

"Kami juga merampas sehelai seluar jeans, kemeja-T serta sebilah parang pendek berukuran 29 cm beserta sarungnya," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Aida berkata, penahanan suspek utama itu membawa kepada penahanan dua lagi suspek yang dipercayai terlibat dengan kes samun itu iaitu remaja perempuan berusia 19 tahun dari Ampang, Selangor dan pelajar lelaki berusia 16 tahun yang menetap berhampiran kawasan kediaman suspek utama yang turut mempunyai rekod jenayah lampau.— BERNAMA

3 penuntut Malaysia nyaris diserang penduduk Medan

Posted:

[unable to retrieve full-text content]JAKARTA — Pertengkaran dan salah faham berikutan satu kemalangan jalan raya membabitkan motosikal yang dinaiki seorang penuntut Malaysia dengan motosikal seorang pemuda tempatan di bandar Medan, Sumatera Utara tengah malam tadi nyaris mengakibatkan tiga penuntut Malaysia diserang penduduk tempatan.

Jalani, Raja Azmi sah bercerai talak satu

Posted:

Jalani, Raja Azmi sah bercerai talak satu

27/06/2012 8:45pm

KUALA LUMPUR — Perkahwinan selama 28 tahun bekas pemain badminton negara, Jalani Sidek dengan isteri, produser filem, Raja Azmi Raja Sulaiman berakhir hari ini apabila pasangan itu sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini.

Jalani ketika melafazkan talak itu dalam nada suara yang tenang berkata:

"Bahawa saya Jalani Sidek menceraikan isteri saya Raja Azmi Raja Sulaiman dengan talak satu". Sebelum melafazkan cerai itu Hakim Syarie Saiful Azli Jamaludin memberi peluang kepada Jalani, 49, dan Raja Azmi, 53, untuk bersalaman sebelum mahkamah mengesahkan penceraian mereka.

Pasangan itu kelihatan sebak dan menangis semasa bersalaman dan berpelukan.— BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan