Harian Metro: Mutakhir |
Polis tahan lelaki terlibat kes samun di pusat beli belah 23 Jun lalu Posted: 27 Jun 2012 05:45 AM PDT KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai ketua 'Geng Khairul' yang disyaki terlibat dalam kes samun seorang wanita di pusat beli belah di sini 23 Jun lalu. Suspek, seorang penganggur berusia 21 tahun, yang berasal dari Gerik, Perak itu ditahan di rumahnya di Taman Desa, Brickfields pada kira-kira jam 3 pagi ini. Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields Supt Aida Abdul Hamid berkata polis turut menemui sebahagian daripada barangan milik mangsa yang disorokkan suspek. "Kami juga merampas sehelai seluar jeans, kemeja-T serta sebilah parang pendek berukuran 29 cm beserta sarungnya," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Dalam kejadian pada jam 10 malam itu, mangsa yang berusia 24 tahun dan bekerja sebagai eksekutif teknikal sedang dalam perjalanan ke tempat letak kereta apabila diserang seorang lelaki bersenjatakan pisau. Mangsa yang cuba melepaskan diri, mengalami kecederaan di kepala dan tangan serta tikaman di dada. Ekoran kejadian itu, mangsa menerima 12 jahitan serta kehilangan beberapa barangan peribadi seperti kad pengenalan, beberapa keping kad kredit dan telefon bimbit. Aida berkata suspek utama dan ketiga kini ditahan reman sehingga 1 Julai depan manakala remaja perempuan itu dibebaskan dengan ikat jamin. - Bernama |
Jalani, Raja Azmi sah bercerai talak satu Posted: 27 Jun 2012 05:01 AM PDT KUALA LUMPUR: Perkahwinan selama 28 tahun bekas pemain badminton negara Jalani Sidek dengan isteri, produser filem Raja Azmi Raja Sulaiman berakhir hari ini apabila pasangan itu sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini. Jalani ketika melafazkan talak itu dalam nada suara yang tenang berkata: "Bahawa saya Jalani Sidek menceraikan isteri saya Raja Azmi Raja Sulaiman dengan talak satu". Sebelum melafazkan cerai itu Hakim Syarie Saiful Azli Jamaludin memberi peluang kepada Jalani, 49, dan Raja Azmi, 53, untuk bersalaman sebelum mahkamah mengesahkan penceraian mereka. Pasangan itu kelihatan sebak dan menangis semasa bersalaman dan berpelukan.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan