Selasa, 19 Jun 2012

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


Ali KSN baru ganti Sidek

Posted: 19 Jun 2012 02:53 PM PDT

Nasional

Mahu turun padang dekati anggota perkhidmatan awam

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ali Hamsa yang dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang baru akan menggunakan pendekatan turun padang bagi mendekati anggota perkhidmatan awam, sekali gus mengeratkan hubungan sesama mereka.

Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) di Jabatan Perdana Menteri yang akan menggantikan Tan Sri Mohd Sidek Hassan itu juga bertekad meneruskan usaha meningkatkan keupayaan pelaksanaan dasar, projek dan sistem penyampaian kerajaan kepada rakyat.

Saya amat menghargai kepercayaan Perdana Menteri dan akan berusaha untuk meningkatkan kecemerlangan kakitangan awam. Sistem penyampaian kerajaan akan terus diperkasakan supaya rakyat mendapat manfaat. - Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara

"Kita akan sama-sama meningkatkan produktiviti supaya rakyat menghargai dan memuji perkhidmatan kerajaan yang ketika ini sudah berada di landasan yang baik," katanya.

Mohd Sidek akan tamat kontrak perkhidmatannya Sabtu ini, manakala pelantikan Ali yang sudah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, berkuat kuasa Ahad ini.

Ali, 57, dilahirkan di Kluang, Johor pada 29 Ogos 1955, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana Ekonomi serta Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Sains Alam Sekitar dan Ekonomi dari Oklahoma State University, Amerika Syarikat.

Beliau dilantik Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 5 Januari 1981 sebagai Penolong Setiausaha di Kementerian Perdagangan dan Perindustrian.
Ali mempunyai pengalaman kerja yang luas di Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri mulai 16 Disember 1997 hingga 21 April 2009 dan Pengarah Seksyen Pembahagian dan Timbalan Ketua Pengarah, Program National Trans-formation & Advancement sebelum bertugas sebagai Ketua Pengarah UKAS pada 22 April 2009.

Beliau juga berkata banyak program yang dilaksanakan di bawah pentadbiran Mohd Sidek akan diteruskan termasuk Strategi Lautan Biru dan Pasukan Petugas khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH).

"Saya amat menghargai kepercayaan Perdana Menteri dan akan berusaha untuk meningkatkan kecemerlangan kakitangan awam. Sistem penyampaian kerajaan akan terus diperkasakan supaya rakyat mendapat manfaat," katanya.

INFO: Ketua Setiausaha Negara

Pelantikan

  • Dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri.
  • Tidak boleh dipengaruhi atau terbabit secara aktif dalam politik.

    Fungsi dalam Kabinet/kerajaan negeri

  • Setiausaha Kabinet bagi Kerajaan Malaysia
  • Setiausaha Mesyuarat Jemaah Menteri dan Mesyuarat Khas Jemaah Menteri
  • Setiausaha Mesyuarat Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri
  • Setiausaha Mesyuarat Khas Peringkat Menteri bagi Mengkaji Kemajuan Pelaksanaan Keputusan-Keputusan Laporan Antara Kerajaan (IGC) 1962.

TERAJU sedia RM100j bangun PKS di ECER

Posted: 19 Jun 2012 02:47 PM PDT

Nasional

KUANTAN: Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) memperuntukkan RM100 juta bagi menggerakkan pelbagai inisiatif membangunkan syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).

Peruntukan itu bagi meningkatkan pembabitan syarikat PKS Bumiputera di Pahang, Terengganu dan Kelantan dalam sektor makanan meningkatkan pendapatan seterusnya membantu menjana ekonomi negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, pemberian peruntukan itu yang juga sebagai pemacu menggerakkan usaha pembangunan syarikat Bumiputera akan disalurkan kepada ECER dua bulan lagi. Katanya, pengagihan pemberian geran bantuan kepada syarikat PKS terpilih itu membolehkan kerajaan menjana pelaburan bernilai sehingga RM700 juta.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan