Kosmo Online |
- Wanita sakit jiwa di bawa pulang dari Aceh
- Unimas cemerlang di Ecopreneur 2012 Mongolia
- Bayi ditinggalkan di hadapan rumah pemandu
Wanita sakit jiwa di bawa pulang dari Aceh Posted: Wanita sakit jiwa di bawa pulang dari Aceh22/06/2012 7:55pm SEPANG — Suasana pilu mengiringi kepulangan wanita rakyat Malaysia, Zarina Othman, 47, yang dirawat di Rumah Sakit Jiwa, Banda Aceh, ke pangkuan keluarga setelah dua tahun menghilangkan diri. Beliau yang diiringi kakaknya, Zaiton Othman, 50 dan Presiden Kelab Putera 1Malaysia (KP1M), Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, tiba di Balai Ketibaan Terminal Tambang Murah (LCCT) lalu terus memeluk ibunya Maimunah Shahbudin, 73 yang sudah lama menantikan kepulangan anak ketiga daripada lapan orang anak. "Mana anak-anak saya mak? Mak, jom balik kampung." Itulah kata-kata yang diucapkan Zarina sejurus bertemu ibunya. Pertemuan yang penuh bermakna ini merupakan hasil KP1M dan Konsulat Malaysia di Medan. "Saya sangat gembira," kata ibu kepada dua orang anak perempuan yang berumur 21 dan 20 tahun itu apabila ditanya mengenai perasaan kembali semula ke tanah air setelah dua tahun berpisah dengan keluarganya di sini. Kisah mengenai Zarina disiarkan selepas Konsulat Jeneral Malaysia di Medan, Norlin Othman dimaklumkan yang kemudiannya berjaya mengesan keluarga Zarina sebelum KP1M menawarkan bantuan.— BERNAMA |
Unimas cemerlang di Ecopreneur 2012 Mongolia Posted: Unimas cemerlang di Ecopreneur 2012 Mongolia22/06/2012 7:49pm KUCHING — Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) mengharumkan nama negara apabila merangkul anugerah pada pertandingan Ecopreneur 2012 di Mongolia. Menurut siaran media unit komunikasi korporat universiti itu, Unimas yang diwakili Dr. Azham Zulkharnain, menerima Anugerah CEO kerana memperkenalkan pelan perniagaan bagi perkhidmatan rawatan air kepada kilang pemprosesan sagu. Unimas bersama 26 kumpulan lain dari 22 negara mengambil bahagian dalam pertandingan itu, yang bermula pada 16 Jun lepas dan berakhir hari ini. — BERNAMA |
Bayi ditinggalkan di hadapan rumah pemandu Posted: [unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR — Seorang pemandu Hospital Orang Asli Gombak di sini terperanjat besar apabila menemui seorang bayi perempuan dalam sebuah beg pakaian yang ditinggalkan di depan pintu rumahnya di Batu 12, Gombak, di sini hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan