Rabu, 20 Jun 2012

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


Lynas boleh beroperasi

Posted: 19 Jun 2012 12:33 PM PDT

MukaDepan

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Projek LAMP memutuskan projek nadir bumi oleh Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) di Gebeng, Kuantan, boleh dibenarkan beroperasi dengan kawal selia berterusan oleh agensi penguat kuasa.

Bagi tujuan itu, kerajaan dicadang menubuhkan Jawatankuasa Pemantauan yang dianggotai agensi berkaitan dengan pembabitan badan bukan kerajaan (NGO) serta pakar bertauliah.

Ia antara 31 syor yang antara lain mengenai aspek keselamatan terhadap pendedahan sinaran, kesihatan awam, pengurusan residu, alam sekitar, memperkasa agensi penguat kuasa dan makluman kepada masyarakat secara berkesan.

Laporan itu menyatakan, bersandarkan dapatan dan fakta saintifik, takrifan undang-undang serta pandangan pakar, projek itu bukan aktiviti perlombongan, sebaliknya kilang pemprosesan kimia yang menghasilkan nadir bumi. Ia juga bukan loji nuklear dan potensi kemudaratan kepada kesihatan awam sangat terpencil.

Rumusan dan syor berkenaan terkandung dalam laporan jawatankuasa yang dibentangkan pengerusinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang juga Menteri Pengajian Tinggi, di Dewan Rakyat, pagi semalam.

Ia diluluskan selepas dibahaskan lebih enam jam. Ketika perbahasan, berlaku pertikaman lidah antara Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang yang mempertahankan hujah masing-masing.

Syor lain ialah mengeluarkan lesen Kelas A (Mengilang Peringkat Pengendalian Sementara/TOL) supaya projek itu dapat mengilang bahan mentah pekatan lantanid secara berperingkat dan terhad, tetapi perlu mematuhi semua syarat lazim dan syarat tambahan dalam lesen itu.

Bagaimanapun, keputusan untuk mempertimbangkan proses pelesenan selanjutnya perlu berasaskan data yang diperoleh hasil pemantauan dan kawal selia oleh pihak berkuasa.
Laporan itu menyatakan, bersandarkan dapatan dan fakta saintifik, takrifan undang-undang serta pandangan pakar, projek itu bukan aktiviti perlombongan, sebaliknya kilang pemprosesan kimia yang menghasilkan nadir bumi. Ia juga bukan loji nuklear dan potensi kemudaratan kepada kesihatan awam sangat terpencil.

Jawatankuasa itu juga berpendapat operasi projek LAMP akan menggunakan teknologi termaju dan mempunyai kepakaran berwibawa untuk mematuhi semua obligasi standard dan kawal selia ketat yang ditetapkan.

Projek LAMP juga bukan saja memenuhi dan mematuhi keperluan piawaian dan perundangan di Malaysia yang setaraf amalan antarabangsa, malah ada peruntukan undang-undang dan piawaiannya lebih ketat berbanding pada peringkat antarabangsa.

Jawatankuasa itu yakin projek LAMP sudah menyediakan sistem kawalan seperti ditetapkan dalam perundangan kebangsaan dan piawaian antarabangsa bagi memastikan keselamatan dan kesihatan awam serta perlindungan alam sekitar tidak terjejas atau dikompromi.

Laporan itu juga menjawab kebimbangan serius orang ramai terhadap dedahan sinaran kerana wujud persepsi projek Lynas sama dengan operasi loji nuklear dan perbandingan selalu menjurus kepada masalah di kilang Asian Rare Earth (ARE) di Bukit Merah yang ditutup pada 1992.

Berdasarkan penjelasan saintifik oleh kumpulan pakar pula mendapati proses kilang projek LAMP tertumpu dan membabitkan tindak balas kimia serta fizikal dalam menghasilkan lanthanum dan tiada unsur tindak balas nuklear sama sekali.

Pekatan lantanid, iaitu bahan mentah yang akan digunakan tidak ditakrifkan sebagai bahan radioaktif, tetapi bahan mengandungi unsur radioaktif semula jadi (NORM). Justeru, residu yang akan dikeluarkan bukan sisa radioaktif tetapi residu mengandungi NORM.

Mengenai pandangan pelbagai pihak bahawa tahap dedahan sinaran berpotensi memudaratkan kesihatan awam seperti meningkatkan bilangan kes berkaitan kanser, pakar kesihatan berpandangan insiden itu pada jangka panjang hanya mungkin boleh berlaku jika pekerja dan masyarakat terdedah kepada jumlah torium yang besar dan di luar kawalan.

Lagi berita mengenai isu Lynas, dapatkan akhbar Berita Harian hari ini

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

HJ SHARI

Kerajaan telah merujuk kepada pakar dalam bidang berkenaan dan dibuktikan dengan hasil kajian pakar kesan buruknya tidak ketara. Pihak yang memperkaikan perkara ini harus menerima dan perlu akur dengannya. Demi kebaikan setiap sesuatu perkara itu ada pro dan kantranya namun ia harus diselesai dengan bijak tapi bukan dengan emosi.

sudah bosan

Buat je lah..apa kecoh2. sudah muak nak dengar masalah ni.x habis2!!

kalau pakar dah sahkan selamat, teruskan sahaja agar wujud peluang pekerjaan dan masalah pengangguran dapat dikurangkan

z

Buatlah macam-macam, jawatan kuasa ke, suruhan di raja ke...mereka tetap nak bantah juga. mereka dah tak tutup minda, berfikiran negatif dan enggan terima sebarang penerangan.Alang kan Singapura dah nak bangunankan industri Thorium ini, rakyat Singapura tak bantah pun

orangpahang

Perkara ini seharusnya dikaji secara menyeluruh sebelum pembinaan kilang Lynas ni lagi. Bukannya kilang da siap baru nak kaji itu ini. Ibarat rumah dah siap pahat berbunyi.

Yangretibase

Kalau nak buat, ada alasan. Kalau batal, ada alasan. Manusia memang suka beralasan.


Dua unit kondominium mewah NFCorp disita

Posted: 19 Jun 2012 11:27 AM PDT

MukaDepan

DUA unit kediaman di Kondominium One Menerung di Bangsar milik NFC Sdn Bhd disita polis, semalam bagi membantu siasatan kes penyelewengan dana syarikat itu.

DUA unit kediaman di Kondominium One Menerung di Bangsar milik NFC Sdn Bhd disita polis, semalam bagi membantu siasatan kes penyelewengan dana syarikat itu.

KUALA LUMPUR: Dua kondominium mewah milik National Feedlot Corporation (NFCorp) Sdn Bhd, di Bangsar dan dua lot tanah di Putrajaya disita semalam bagi membantu
siasatan kes penyelewengan dana syarikat berkenaan.
Notis penyitaan dikeluarkan Pasukan Petugas Khas (Operasi/Anti pengganas) Bukit Aman petang semalam selepas mendapati semua aset berkenaan mempunyai kaitan dengan siasatan kes.Timbalan Pendakwa Raya, Anslem Charles Fernandis mengarahkan empat aset berkenaan disita serta-merta selepas mendapati ia bukti penting yang boleh membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Penggubahan Wang Haram & Anti Pengganas (AMLAFTA) 2001.

Timbalan Pendakwa Raya, Anslem Charles Fernandis mengarahkan empat aset berkenaan disita serta-merta selepas mendapati ia bukti penting yang boleh membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Penggubahan Wang Haram & Anti Pengganas (AMLAFTA) 2001.


Perintah itu menyatakan dua unit kondominium One Menerung bernombor B1-2 dan B1-1 di lot 58578, Bangsar, Kuala Lumpur dan dua lot tanah bernombor lot 4 dan lot 5, Presint 10, Bandar Putrajaya, disita bagi memenuhi peruntukan mengikut Seksyen 51(1) AMLAFTA 2001.

Perintah bertarikh 18 Jun yang dikeluarkan kepada Polis Bukit Aman itu juga diarah disiarkan dalam media untuk makluman umum.

Kelmarin, bekas perunding syarikat berkenaan, Datuk Shamsubahrin Ismail, 46, mengaku tidak bersalah atas 17 tuduhan melakukan pengubahan wang haram berjumlah RM1.755 juta antara November dan Disember 2011.
Pada 12 Jun lalu, Shamsubahrin turut tidak mengaku salah tuduhan menipu Pengarah NFCorp, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail.

Dr Mohamad Salleh adalah suami bekas Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Pada 11 Mac lalu, Shahrizat mengumumkan untuk melepaskan jawatan apabila tempoh memegang jawatan Ahli Dewan Negara tamat pada 8 April, tetapi kekal sebagai Ketua Wanita UMNO dan BN.

Sebelum itu, beliau menghadapi tekanan politik apabila parti pembangkang menyerangnya dan suami yang didakwa menyalahguna peruntukan kerajaan kira-kira RM250 juta untuk projek pengeluaran daging NFC itu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan