Kosmo Online - Negara |
- Jalani cerai Raja Azmi talak satu
- Bujang Sebelak akan mati
- Malaysia negara Islam berjaya, patut dicontohi
Jalani cerai Raja Azmi talak satu Posted: Jalani cerai Raja Azmi talak satuOleh WAZIHA WAHID
KUALA LUMPUR – Skandal dan kontroversi tidak lekang dalam hidup penerbit filem, Raja Azmi Raja Sulaiman dan semalam, dia sah diceraikan dengan talak satu oleh bekas jaguh badminton negara, Mohd. Jalani Mohd. Sidek di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini semalam. Air mata Raja Azmi, 53, mengiringi lafaz talak yang dibuat oleh Jalani, 49, pada pukul 3.30 petang di hadapan Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin selain turut disaksikan anak kedua pasangan itu, Puteri Suaida, 23, yang berada di galeri awam. Terdahulu, Raja Azmi sambil mengesat air mata mencium tangan suaminya untuk memohon maaf dan mereka berpelukan atas permintaan hakim yang mahukan mereka berbuat demikian sebelum lafaz dibuat. Shaiful Azli yang menerima dan mengesahkan lafaz tersebut kemudian turut memerintahkan Raja Azmi beredah selama tempoh tiga bulan serta mendaftarkan perceraian itu di pejabat agama. Perceraian itu atas permintaan Raja Azmi sendiri selaku plaintif yang difailkan kelmarin menerusi peguam syarie, Roslizam Rahim mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 1993. Pada prosiding semalam, Jalani yang kelihatan tenang bersetuju dengan permohonan cerai oleh Raja Azmi tanpa sebarang tuntutan dan syarat. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | ||
Posted: Bujang Sebelak akan matiOleh FIRDAUS HASSAN EMBOL (kiri) mengucapkan terima kasih kepada Indet setelah berjaya menangkap dua ekor buaya di Saratok semalam. SARATOK - Operasi memburu yang dilakukan secara tradisional oleh pawang buaya tersohor dari Betong dihentikan semalam walaupun kelibat Bujang Sebelak masih belum kelihatan. Pawang tersebut, Indet Sanabong, 49, berkata, dia yakin buaya besar itu telah memakan salah satu daripada lima umpan yang diletakkan di sekitar Sungai Sebelak. "Umpan itu bagaimanapun gagal ditarik ke permukaan kerana tersangkut di antara batang-batang kayu yang terdapat di dasar sungai. "Kebiasaannya, seekor buaya hanya boleh berada selama 30 minit di dalam air sebelum timbul untuk mengambil udara di permukaan atau berdepan kematian," katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam. Menurut Indet, sekalipun jika buaya itu terlepas dari dasar sungai, reptilia berkenaan tetap akan mati kerana telah termakan umpan yang dijampi itu. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | ||
Malaysia negara Islam berjaya, patut dicontohi Posted: Malaysia negara Islam berjaya, patut dicontohi
PUTRAJAYA - Presiden Republik Guinea, Alpha Conde tertarik dengan Malaysia dan menyifatkannya sebagai negara Islam yang patut diteladani. Katanya, Malaysia banyak terlibat dengan Kerjasama Selatan-Selatan dan kerjasama dalam kalangan negara Islam. "Guinea sebuah negara Islam dengan 90 peratus rakyatnya menganut agama itu. Bagi kami, Malaysia merupakan contoh negara Islam yang berjaya. "Kami berkunjung ke sini untuk mencari pengetahuan dan belajar daripada Malaysia serta mengamalkan dan mengguna pakai pelajaran yang kami dapat di sini," katanya pada sidang akhbar bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas mesyuarat dua hala Malaysia-Guinea di Kompleks Perdana Putra di sini semalam. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan