Kosmo Online - Negara |
- Batalkan keputusan roboh BB Plaza
- Didenda RM6,000 biarkan 30 kucing kebuluran
- Ketua jurulatih bola dipenjara
Batalkan keputusan roboh BB Plaza Posted: Batalkan keputusan roboh BB Plaza
KUALA LUMPUR - Kementerian Pengangkutan digesa campur tangan untuk membatalkan keputusan merobohkan pusat beli-belah Bukit Bintang Plaza (BB Plaza) yang dilihat sebagai pusat perniagaan strategik orang Melayu di Kuala Lumpur. Pada sesi perbahasan di Dewan Rakyat semalam, Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) berkata, selain menjadi kerisauan peniaga, isu itu turut mengundang persepsi negatif orang Melayu yang mula merasakan kepentingan mereka semakin mudah terhakis. "Kementerian ada kaitan dengan perancangan untuk membina Transit Pantas Massa (MRT). "Jadi, setuju atau tidak kita minta kementerian campur tangan dan pastikan kalau betul serius dalam setiap agenda mempertahankan kepentingan Melayu dalam bandar, hentikan cadangan merobohkan BB Plaza," katanya. Ibrahim berkata demikian ketika mencelah semasa perbahasan Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2012. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | ||
Didenda RM6,000 biarkan 30 kucing kebuluran Posted: Didenda RM6,000 biarkan 30 kucing kebuluranOleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH
PETALING JAYA – Dua pengusaha kedai penjagaan haiwan Petknode didenda RM6,000 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam atas 30 pertuduhan mengabaikan tanggungjawab menjaga makan minum 30 ekor kucing yang ditinggalkan pemiliknya ketika sambutan Aidilfitri tahun lalu. Majistret K.B. Elena Hong Tze Lan menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Shahrul Azuwan Adanan, 30, dan Yushairi Khairuddin, 30, selepas mereka mengaku bersalah mengabaikan tanggungjawab menjaga kucing-kucing milik 10 pelanggan sehingga menyebabkan kesakitan dan penderitaan terhadap haiwan berkenaan. Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di kedai Petknode Online Pet Store beralamat Nombor F001B, Level 1, Seasons Square Plaza, Jalan PJU 10/3, Damansara Damai di sini antara 3 September hingga 4 September 2011. Mereka didakwa mengikut Seksyen 44(1)(d) Akta Binatang 1953 (Akta 647) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 44(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM200 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | ||
Ketua jurulatih bola dipenjara Posted: Ketua jurulatih bola dipenjaraOleh SYED AHMAD ZULKARNAIN SYED ALI BARISAN pemain Skuad Piala Presiden Negeri Sembilan musim 2011. SEREMBAN – Bekas ketua jurulatih skuad Piala Presiden Negeri Sembilan dihukum penjara 25 tahun dan denda RM200,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas disabitkan bersalah atas 20 tuduhan rasuah berjumlah RM24,700 kepada para pemain skuad berkenaan untuk mengatur keputusan satu perlawanan pada April tahun lalu. Yusarman Yusof, 36, kelihatan tenang selepas keputusan dibacakan oleh Hakim Datin Nursinah Adzmi yang mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan. "Mahkamah mendapati tertuduh disabitkan dengan kesalahan dan menjatuhkan hukuman penjara 15 bulan untuk setiap tuduhan dan denda RM10,000 bagi setiap kesalahan," katanya. Bagaimanapun, Nursinah memerintahkan hukuman penjara itu berjalan serentak dan membenarkan hukuman ditangguhkan sehingga keputusan rayuan di Mahkamah Tinggi. Mengikut pertuduhan, Yusarman bersama dua lagi lelaki yang masih bebas didakwa memberi rasuah berjumlah RM24,700 kepada 11 pemain bola sepak pasukan Piala Presiden Skuad Rusa antara 19 hingga 22 April tahun lalu. Kesemua pemain terbabit, iaitu D. Adrian, Mohamad Zulfadhlie Mohamad, Muhammad Zaidi Othman, Mohamad Yatim Abdullah, Muhammad Haikal Mohamad Nazri, Norhairi Abd. Rahman, Muhammad Rizqi Azman, Suhairy Johari, Anwarul Hafiz Ahmad, Hamirul Fahamie Abu Yazid dan Mohd. Hafiz Mohd. Nor menerima suapan RM300 hingga RM2,000 setiap seorang. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan