Harian Metro: Mutakhir |
Rangka manusia ditemui dalam tong bersimen di Balakong Posted: 29 Jun 2012 05:32 AM PDT KAJANG: Seorang pengendali jengkaut yang sedang membersihkan kawasan hutan di Kampung Baru Balakong dekat sini, hari ini terkejut apabila mendapati tong drum bersimen yang dikautnya mengandungi rangka manusia. Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu, pekerja lelaki berkenaan bertindak memecahkan tong drum bersimen sepenuhnya itu sebelum mendapati terdapat kandungan simen lagi di dalamnya. Ketua Polis Daerah Kajang ACP Abdul Rashid Abdul Wahab berkata lelaki itu kemudian memecahkan simen di dalam tong itu sebelum menemui rangka manusia lengkap berpakaian yang diikat dengan kabel elektrik. "Berikutan itu, lelaki tersebut terus melaporkan kepada majikannya berhubung penemuan rangka itu," katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini.
Beliau berkata rangka manusia itu dibawa ke Hospital Serdang bagi tujuan mengenal pasti identitinya. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - BERNAMA |
Denda, penjara jika gagal pamer sijil halal Jakim/Main mulai Ahad ini Posted: 29 Jun 2012 05:25 AM PDT KUALA LUMPUR: Pengusaha premis makanan, yang masih menggunakan dan mempamerkan logo serta apa-apa ungkapan halal selain logo halal yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN), akan berdepan hukuman denda dan penjara mulai 1 Julai ini. Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha berkata mulai tarikh itu, pertubuhan atau perbadanan yang masih menggunakan logo halal lain boleh didenda tidak melebihi RM200,000 dan denda tidak melebihi RM500,000 bagi kesalahan kedua serta berikutnya. Bagi bukan pertubuhan atau perbadanan, denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya akan dikenakan jika sabit kesalahan, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Beliau berkata denda tidak melebihi RM250,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya pula akan dikenakan bagi kesalahan kedua dan berikutnya.
Beliau berharap orang ramai dapat memberi kerjasama dan menyalurkan maklumat kepada Jakim sekiranya berlaku sebarang penyalahgunaan logo dan ungkapan halal. "Jakim juga mengingatkan dan memohon kerjasama pengusaha premis makanan supaya lebih bersedia dan peka dengan perintah berkenaan dari semasa ke semasa," katanya. - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan