Harian Metro: Setempat |
Posted: 25 Jun 2012 12:23 PM PDT AMPANG: "Pak cik itu menolak ayah hingga terjatuh dan saya yang cuba membantu juga diangkat sebelum dihempas ke lantai menyebabkan tangan kiri patah," kata seorang remaja lelaki dikenali sebagai Amir, 17, yang mendakwa dicederakan jirannya hanya kerana tidak puas hati. Difahamkan, suspek yang berusia 40-an itu, dikatakan menuduh mangsa merosakkan motosikal anak lelakinya menyebabkannya tidak puas hati hingga tercetus pertengkaran.
Menceritakan semula kejadian itu, bapa mangsa yang mahu dikenali sebagai Ahmad, 49, berkata, kejadian bermula 19 Jun lalu ketika anaknya berada di rumah sebelum didatangi anak jirannya berusia 13 tahun yang meminta bantuan selepas mendakwa menjadi mangsa buli di sekolah.
Menurutnya, suspek mengaku bersalah dan sudi membayar ganti rugi selepas meminta penjelasan merosakkan motosikal Amir.
"Isteri saya turut diludah di muka dan menghamburkan kata-kata kesat," katanya.
|
Posted: 25 Jun 2012 12:21 PM PDT KAJANG: Kejadian seorang wanita yang mendakwa menjadi mangsa rogol di rumahnya di Taman Tenaga di sini, Khamis lalu, mencetuskan tanda tanya berikutan berlaku tanpa disedari mangsa yang tidur. Difahamkan, mangsa yang terjaga kira-kira jam 8 pagi terkejut apabila mendapati dirinya dalam keadaan bogel manakala dada dipenuhi cecair pekat keputihan dipercayai air mani. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, mangsa yang berusia 20-an dikatakan tinggal bersendirian di rumah berkenaan dan tidak bertemu sesiapa malam sebelum kejadian. "Mangsa sendiri tidak tahu punca ditinggalkan dalam keadaan begitu kerana pada malam kejadian, dia mendakwa terus pulang ke rumah selepas tamat bekerja," katanya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan