Berita Harian: Nasional |
Gred jawatan Mufti Wilayah Persekutuan dinaik Posted: 25 Jun 2012 03:13 PM PDT Nasional TETAMU yang hadir membaca buku yang bertajuk Agenda Islam Dalam Transformasi Negara yang ditulis Najib pada Majlis Pelancaran Sekretariat Ulama-Ulama (UMUM) di PWTC, Kuala Lumpur, semalam. Ini berikutan skop tugas Mufti Wilayah Persekutuan yang meliputi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan serta bertanggungjawab terus kepada Yang di-Pertuan Agong. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan perkara itu pada Majlis Pelancaran Sekretariat Ulama Umara (UMUM) dan buku Agenda Islam dalam Transformasi Negara, di sini semalam. Ketika ini Mufti Wilayah Persekutuan disandang Datuk Wan Zahidi Wan Teh. Perdana Menteri berkata, langkah itu adalah contoh komitmen kerajaan memartabatkan perjawatan golongan ulama ke tahap lebih tinggi.Kebanyakan gred bagi jawatan mufti di seluruh negara sekarang diletakkan pada gred JUSA C, manakala Timbalan Mufti pula tangga gred S44, S48 dan S52. Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata usaha transformasi negara tidak harus dilihat dari sudut meningkatkan pendapatan semasa atau nilai pendapatan perkapita semata-mata. Sebaliknya, transformasi turut memberikan penekanan menyeluruh dan holistik dalam aspek spiritual, kemajuan Islam, syiar Islam, akidah dan institusi Islam serta peranan pemimpin Islam dan ulama. Sementara itu, Jamil Khir berkata, gred itu diperuntukkan kepada Mufti Wilayah Persekutuan dan dikategorikan sebagai khas untuk penyandang berikutan skop tugasnya yang berbeza berbanding mufti negeri lain. "Mufti Wilayah Persekutuan adalah jawatan mufti tertinggi di Malaysia kerana bertanggungjawab terus kepada Yang di-Pertuan Agong yang juga tonggak tertinggi dan payung agama negara. Ia perlu diberikan pengiktirafan sewajarnya dan kerajaan bersetuju menaik taraf jawatan, sekali gus mengiktiraf ulama dan pemimpin Islam," katanya. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komen |
PAS setuju SPRM siasat akaun Anwar Posted: 25 Jun 2012 03:12 PM PDT Nasional KUALA LUMPUR: PAS bersetuju Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung dakwaan memiliki 20 akaun induk bernilai RM3 bilion.Naib Presidennya, Salahuddin Ayub, berkata parti itu tidak ada halangan jika pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap pemimpin pembangkang, termasuk Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. "Kita tidak ada masalah untuk mana-mana pihak menjalankan siasatan atas apa-apa tuduhan. Itu adalah pendirian PAS, kita setuju bukan saja Anwar, bahkan Tok Guru (Nik Aziz) sekali pun. "Jalankan siasatan dan itu pendirian kita, sebab sebelum ini pun Anwar sudah menjawabnya (isu RM3 bilion) di Dewan Rakyat," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, di sini semalam.Sebelum ini, bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid mengesahkan membuat akuan bersumpah mengenai akaun RM3 bilion yang didakwanya membabitkan Anwar pada 1999. Abdul Murad dilaporkan mendakwa Anwar mengawal 20 akaun induk membabitkan aset, saham dan wang yang keseluruhannya bernilai lebih RM3 bilion. Salahuddin juga mempertahankan kenyataannya sebelum ini yang menyamakan perarakan Thaipusam dengan demonstrasi jalanan yang dianggap menghina penganut agama Hindu di negara ini. "Saya hanya buat perbandingan berhubung kebebasan bersuara dan berhimpun," katanya. Isu itu timbul apabila beliau membandingkan perarakan perayaan itu dengan demonstrasi jalanan ketika berdebat dengan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah minggu lalu. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenHJ SHARI Pembangkang akan menyebar luas jika SPRM menyiasat orang kerajaan kerana rasuah dan dijadikan isu modal politik. Bagaimana kalau sebaliknya?. wan siasatlah semua sekali tak kira siapa pun. Menteri, pembangkang dan semua skali kslau dah ada laporan. Barulah SPRM di anggap badan yg adil. shamzack BERANI kerana BENAR, TAKUT kerana SALAH.... zna sesiapa sahaja tidak terlepas dari disiasat, dihukum jika bersalah. Allah Maha Mengetahui perkara lahir dan tersembunyi, Maha Penetap Hukum dan Maha Adil dalam hukuman. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan