Berita Harian: Mutakhir |
Turki akan ambil tindakan 'perlu' ke atas Syria: Presiden Posted: 23 Jun 2012 02:12 AM PDT Mutakhir ANKARA: Presiden Turki, Abdullah Gul, berikrar negaranya akan mengambil tindakan "perlu" terhadap Syria sehari selepas Damsyik menembak jatuh pesawat pejuang Turki yang memasuki ruang udaranya.Bagaimanapun, Abdullah tidak menyatakan bentuk tindakan itu. Beliau berkata, Turki masih cuba mengenal pasti keadaan sebenar insiden itu dan sama ada pesawat berkenaan ditembak di wilayh Turki. Menurut Turki, pesawat berkenaan jatuh di Laut Mediterranean, kira-kira 13 kilometer dari bandar Syria, Latakia. - APThe incident further escalated tensions between the two neighbors, which used to be allies before the Syrian revolt began in March 2011. Turkey has become one of the strongest critics of the Syrian regime's brutal response to the country's uprising. |
Manifesto dokumen umum, bukan luar jangka: Wee Posted: 23 Jun 2012 02:06 AM PDT Mutakhir KUALA LUMPUR: Manifesto pilihan raya adalah satu dokumen umum mengenai dasar dan matlamat sesebuah parti politik, bukannya sesuatu yang di luar jangkaan untuk tidak boleh dibentangkan secara langsung di televisyen.Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong, berkata sekiranya debat antara pemimpin politik yang lebih kompleks sifatnya dibenarkan bersiaran secara langsung, mengapa pendekatan serupa tidak boleh digunakan dalam pembentangan manifesto. "Bagi saya apa bezanya, kalau kita boleh buatnya secara langsung mengapa tidak. Kalau kita tengok, debat antara (Ketua Menteri Pulau Pinang) Lim Guan Eng dan (Presiden MCA) Datuk Seri Dr Chua Soi Lek boleh dibuat secara langsung, kenapa tidak boleh dibuat pada manifesto "Jadi, kalau manifesto adalah satu dokumen di mana menghalkan soal perjuangan dan apakah penekanannya, saya tidak nampak kenapa perlu dibuat secara rakaman, kecuali dia (parti politik) ada tiga atau empat set manifesto, itu saya tidak tahu," katanya.Beliau mengulas keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menetapkan setiap parti politik yang ingin membentangkan manifesto pilihan raya masing-masing menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) dibenarkan berbuat demikian secara rakaman dan bukannya secara langsung. Beliau ditemui pemberita selepas menyampaikan geran akademik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada 50 pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) Sekolah-Sekolah Menengah Persendirian Cina di Sekolah Menengah Persendirian Chung Hwa di sini, hari ini. Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof, dalam temu bual bersama BERNAMA dan RTM semalam dilaporkan berkata ketetapan itu dibuat bagi mengelakkan penyiaran bahan yang mungkin menyentuh peribadi seseorang, mengancam keselamatan dan ketenteraman awam atau menyentuh sensitiviti kaum serta agama. "Semua orang hendak mendengar dengan cepat, ghairah nak tahu sesuatu yang pada saya ini adalah citarasa rakyat dan seperti kita menonton perlawanan bola sepak, sehingga ada yang sanggup bangun pukul 2.45 pagi semata-mata untuk tengok secara langsung, walau ada yang kata, kenapa tidak tunggu awal pagi esok saja untuk siaran ulangan," katanya. Berhubung pemberian geran akademik, beliau berkata pelajar berkenaan masing-masing menerima RM15,000 setahun bagi tempoh tiga tahun pengajian di institusi pengajian tinggi awam dan swasta di dalam dan luar negara. Pemberian geran akademik itu adalah idea Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang bertujuan mewujudkan peluang kepada generasi muda untuk menerokai dan membangunkan potensi diri mereka. - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan