Berita Harian: Mutakhir |
Wang kertas baru diedar mulai 16 Julai Posted: 26 Jun 2012 02:58 AM PDT Mutakhir KUALA LUMPUR: Wang kertas Malaysia siri baru akan berada dalam edaran mulai 16 Julai, menurut Bank Negara Malaysia hari ini.Bank pusat itu menyatakan, selepas pengumuman awal Mei lalu, ia sudah berbincang dengan beberapa pemegang kepentingan sepanjang beberapa bulan lalu untuk melicinkan pengenalan wang kertas siri baru itu. Pemegang kepentingan termasuk institusi kewangan, kompleks membeli-belah, syarikat pengangkutan awam, syarikat telekomunikasi, penggendali parkir, pemilik kiosk pembayaran dan penggendali mesin tiket dan jualan. "Pihak berkenaan harus mempercepatkan penentukuran dan pengubahsuaian untuk menerima wang kertas siri baharu untuk kemudahan orang ramai."Jika penetukuran mesin tidak disiapkan menjelang 16 Julai walaupun sudah diberi peringatan awal sekurang-kurangnya enam bulan, penyelesaian alternatif harus disediakan untuk orang ramai. "Ini termasuk menyediakan kaunter tukaran wang atau kutipan tiket secara manual untuk kemudahan orang ramai," menurutnya dalam satu kenyataan. Untuk maklumat lanjut mengenai siri wang kertas baru itu, hubungi BNMLINK di 1-300-88-5465 atau 03-26988044 sambungan 7307/8658 atau emel kepada ncs@bnm.gov.my. - BERNAMA |
Menteri berkuasa isytihar BERSIH pertubuhan haram: Peguam Posted: 26 Jun 2012 02:40 AM PDT Mutakhir KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, mempunyai kuasa untuk mengisytihar BERSIH sebagai sebuah pertubuhan haram dan tindakan beliau itu tidak bercanggah dengan undang-undang.Peguam Kanan Persekutuan, Azizan Md Arshad, berkata Hishammuddin membuat keputusan itu bagi memelihara keselamatan negara serta ketenteraman awam dan keputusan beliau itu sah di sisi undang-undang. Azizan berkata demikian dalam hujahnya pada prosiding semakan semula penghakiman yang difailkan 14 anggota jawatankausa pemandu BERSIH termasuk Datuk S Ambiga, terhadap Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara dan Kerajaan Malaysia. Azizan juga berkata, Ambiga dan 13 lain yang diwakili Ambiga dalam permohonan itu, tidak mempunyai locus standi, manakala keputusan Menteri Dalam Negeri mengisytihar BERSIH sebagai pertubuhan haram pula adalah sesuatu yang wajar serta rasional.Sementara itu, dalam hujahnya, peguam Tommy Thomas, yang mewakili semua pemohon, berkata tindakan Hishammuddin itu bercanggah dengan Seksyen 5, Akta Pertubuhan 1966. "Menteri berkenaan terkhilaf dalam melaksanakan kuasanya dan oleh itu, keputusan beliau patut dibatalkan," katanya. Hakim Datuk Rohana Yusuf menetapkan 24 Julai untuk mengumumkan keputusannya. Mereka juga memohon mahkamah mengetepikan perintah Menteri Dalam Negeri bertarikh 1 Julai yang mengisytihar BERSIH 2.0 sebagai pertubuhan haram, sebagai tidak sah dan terbatal serta tidak terpakai. - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan