Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 25 Jun 2012 12:24 PM PDT BELURAN: Berang anak lelakinya sering berkeliaran dalam keadaan bogel, seorang bapa bertindak kejam apabila bukan saja menusuk kedua-dua belah mata anaknya, malah mulutnya turut ditusuk dengan batang penyapu sehingga mati dalam kejadian di sebuah rumah kongsi di Ladang Metro Telupid, dekat sini, malam kelmarin. Lebih mengerikan, dalam kejadian kira-kira jam 8 malam, mayat mangsa dikenali sebagai Nasrul Ali, 24, turut ditusuk di beberapa bahagian muka sehingga wajahnya sukar dicam selain beberapa tusukan di belakang badannya dipercayai menggunakan batang penyapu sama. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa yang mengalami masalah mental dikatakan berkeliaran dalam keadaan berbogel di kawasan rumah kongsi, menyebabkan bapa mangsa yang juga seorang bomoh kampung berang lalu menangkapnya. Selepas itu, suspek mengheret mangsa masuk ke dalam rumah mereka sebelum bertindak kejam apabila menusuk kedua-dua biji mata anaknya itu dengan batang penyapu dan suspek turut menusuk mulut pemuda itu sehingga mati.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. |
Posted: 25 Jun 2012 12:23 PM PDT PETALING JAYA: "Saya bersyukur kerana bebas dan percaya kepada ketelusan undang-undang serta Perlembagaan," kata pelakon dan pelawak terkenal, Saiful Apek di luar Mahkamah Majistret di sini, semalam. Saiful Apek atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff, 43, berkata demikian selepas dia bersama tiga lagi rakannya dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan menggunakan dadah, dua tahun lalu.
"Saya berterima kasih kepada peguam Mohd Fadly Hashim dan Zamri Idrus yang banyak membantu serta peminat yang sentiasa memberikan sokongan.
Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15(1) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 jika sabit kesalahan.
Menurutnya, pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah dengan mengemukakan isu berkenaan percanggahan tarikh di label botol sampel air kencing; penyimpanan sampel yang terlalu lama; mempunyai dua borang ujian pengesanan air kencing serta gagal membuktikan elemen kalibrasi dan kawalan kualiti dalam ujian pengesanan. Mahkamah juga mendapati kegagalan pendakwaan mengemukakan botol sampel air kencing yang melonggarkan kes pendakwaan.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan