Jumaat, 22 Jun 2012

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


Peletakan jawatan Rafizi tanda perpecahan serius Pakatan Rakyat: Najib

Posted: 22 Jun 2012 03:15 AM PDT

Mutakhir

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak, berkata peletakan jawatan Mohd Rafizi Ramli menunjukkan perpecahan yang serius dalam kepimpinan Pakatan Rakyat di Selangor.

Beliau berkata, perbalahan itu terzahir secara terbuka dan menjadi semakin serius.

"Saya percaya orang ramai dan rakyat boleh membuat pertimbangan penting bagi kita menentukan parti mana yang boleh menentukan kelangsungan pentabiran yang stabil dan kukuh," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Menyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Ibu Pejabat UMNO di sini, sebentar tadi.

Seekor lagi gajah liar ditangkap di Kuala Krai

Posted: 22 Jun 2012 03:04 AM PDT

Mutakhir

KOTA BHARU: Seekor gajah liar yang dlaporkan memusnah tanaman penduduk di Kampung Gong Genor dekat Kuala Krai berjaya ditangkap semalam sebelum dipindahkan ke Pusat Pemindahan Gajah di Kuala Gandah, Pahang.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan, Rahmat Topani berkata, gajah jantan seberat dua tan metrik itu ditangkap oleh lima anggota renjer Perhilitan Kuala Krai ketika berkeliaran di kawasan kediaman penduduk kampung berhampiran jam 11 pagi.

Katanya, gajah itu berumur dalam lingkungan 10 tahun dan mempunyai saiz tapak kakinya 13.5 sentimeter. "Kita akan memindahkan haiwan tersebut ke Pusat Pemindahan Gajah di Kuala Gandah, Pahang dalam masa terdekat," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau percaya, haiwan berkenaan adalah daripada kumpulan gajah yang sama ditangkap di Kampung Limau Manis, Machang, bulan lepas. - BERNAMA


Tiada ulasan:

Catat Ulasan