Selasa, 19 Jun 2012

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


Misteri RM3b Anwar

Posted: 18 Jun 2012 12:03 PM PDT

MukaDepan

Bekas Penolong Gabenor Bank Negara sedia beri kerjasama bantu siasatan

KUALA LUMPUR: Bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid (gambar)mengesahkan membuat akuan bersumpah mengenai akaun RM3 bilion yang beliau percaya membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1999.

Dalam kenyataan akhbarnya semalam, beliau turut menegaskan sudah memberi keterangan kepada pihak berkuasa berhubung isu berkenaan.

Saya bersedia untuk memberi kerjasama kepada pihak berkuasa jika dikehendaki. - Datuk Abdul Murad Khalid, Bekas Penolong Gabenor Bank Negara

"Saya juga bersedia untuk memberi kerjasama kepada pihak berkuasa jika dikehendaki," katanya.

Ketika pendedahannya kira-kira 13 tahun lalu, Abdul Murad dilaporkan mendakwa Anwar mengawal 20 akaun induk membabitkan aset, saham dan wang yang keseluruhannya bernilai lebih RM3 bilion.

Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mustafar Ali baru-baru ini dilaporkan tidak menolak kemungkinan kes pemilikan akaun induk Anwar itu pernah dirujuk kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) ketika itu, selain turut disiasat polis.

Sebelum ini, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendesak Anwar memberi penjelasan pemilikan akaun itu ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada akhir 1990-an.
Akhbar juga melaporkan pendedahan Ummi Hafilda mengenai salinan dokumen sebahagian aset abangnya yang juga Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dan isteri, Shamsidar Taharin bernilai lebih RM30 juta.

Sementara itu, bekas Setiausaha Sulit Ketua Pembangkang, Anuar Shaari mencadangkan SPRM menyiasat jumlah wang dalam akaun induk milik Anwar dilakukan secara berperingkat dan mendedahkan hasil siasatan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Katanya, siasatan perlu mengikut komponen kerana ia tidak mengambil masa untuk diselesaikan.

"Keputusannya boleh didedahkan kepada orang ramai. Masyarakat tidak boleh menunggu lama untuk mengetahui perkara sebenar dan selepas itu mereka boleh membuat penilaian sama ada hasil siasatan benar atau tidak," katanya.

Beliau juga berkata, RM3 bilion bukan sedikit dan berikutan itu komponen pertama perlu disiasat sama ada ia membabitkan Mohamed Azmin dan Shamsidar.

Akhbar ketika itu melaporkan Abdul Murad mendedahkan Anwar menggunakan kedudukannya sebagai Menteri Kewangan untuk mencapai cita-cita politiknya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

maliza

sebab tu dia beria-ia benar nak jadi PM supaya rahsia 3b takde orang yg boleh kacau. SPRM cepat semak dan seterusnya

hafiz

Kenapa sekarang baru timbul? pelik....

lan

siasat sprm...jange tak siasat...byk duit tu.

Ree

Ini dinamakan "karma".

MYG

Rasuah adalah bencana kepada bangsa dan negara. Tidak kira siapa orang itu kena ambil tindakan. Orang yang rasuah atau menyalahguna kuasa wajar dihukum dan tidak layak jadi pemimpin. Jangan pilih pemimpin yang tidak jujur dlm PRU 13.

Aminah

SPRM, PDRM dn semua2 laaaa.. tolonglah percepatkan prosedur berkaitan utk selesaikan permasalahan ini... Sekurang2nya rakyat Malaysia xde la tersalah membuat pilihan nnt. please.....

wanjeff

Macamana nak laungkan perkataan BERSIH kalau diri sendiri yg tak bersih.

Ibrahim Ahmad

minta disiasat oleh majlis agama islam samada ia membayar zakat atau tidak setelah cukup haul dan nisabnya, jika benar ia memiliki wang ini.
rukun islam yg keempat.

wanabu

apalagi SPRM...... jgn LEMBABBB

jazlan Sainin

Kebiasaan senario politik yang semakin dekat dengan pilihanraya akan banyak isu-isu yang ditimbulkan untuk saling menjatuhkan kredebiliti seseorang pemimpipin. Rakyat pula tidak perlu segera menghukum jika tidak aa bukti yang jelas. Media pula memberitakan apa saja berita untuk menjana pendapatan yang konsisten.

Sarawakian

Jgn asyik tuding jari kat org jer..satu tuding kat org 4 lagi tuding kat sendiri..jgn slhkan SPRM x siasat..kta ckp sng..nak rasa siasat org try la masok 'enforcement'..yg penting..politik mengarut..bkn sorg tu jer ada duit byk tu..ada byk lg yg lbh byk..yg merana rakyat asyik kena tipu..

Gagak Hitam

Jangan tuduh sebarangan,sebelum ada bukti yang sahih. Biar SPRM yang cari kesahihannya tanpa berat sebelah.

yasmin abdullah

Cuba sprm siasat Aset2 Menteri2,tim. Menteri,Menteri Besar, Adun, JKKK

apai malouda

dedahkan je la.. kalu ada bukti dakwa... bwk masuk mahkamah... tp kalu ada bukti la...

Awang

Siasat segera, kalau anggota polis dah lama SPRM
Ambil tindakan, ni dah jelas banyak laporan dibuat tindakan segera, jangan pilih bulu.

zim

Kalau ada bukti yang kukuh, SPRM perlu membawa kes ini ke mahkamah, kerana rakyat tertanya-tanya tentang kebenaran cerita ini. Tambahan lagi Anwar ini sering menyalahkan serta menuding jari kepada orang lain atas apa? kepincangannya.

Joe

Kalau nak diikutkan, bukan hanya DSIA yang bersalah tetapi banyak lagi ahli umno mahupun pembangkang yang terlibat dalam rasuah ni, cuma buat masa skrg ni hanya DSIA je yang menjadi punca!,
Banyak lagi kes yang freezeee!

mohamad affandi

dia menabung dari kecil tu.duit tabung

azwan

akhirnya "pemimpin" pilihan ramai masuk 'kubur' buatan sendiri...moga pihak SPRM membuat siasatan secara teperinci, BERSIH dan TELUS....

Ruslin62

sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh jua ketanah.

yakub

Saya yakin Anwar memang bersalah. kita boleh tahu kerana sikapnya pandai menipu dan memutarbelitkan banyak perkara. Saya harap SPRM bertindaklah segera demi kebaikan negara kerana Anwar adalah pengkianat bangsa dan negara.

ab ghani bakar

negara perlu pemimpin bersih, d sri anuar antara calun pm,jestru,semua isu berkait dgrnya, perlu siasat dan dedah pd rakyat, utk dhukum.

atikah

seret sahaja mereka di mahkamah.... kalau penjawat awam...sprm tak lengah lagi sprm tuduh....apa lagi sprm


Rakyat Malaysia pertama felo Universiti Cambridge

Posted: 18 Jun 2012 11:58 AM PDT

MukaDepan

KUALA LUMPUR: Tutor Universiti Putra Malaysia (UPM), Azree Shahrel Ahmad Nazri (gambar) menjadi rakyat Malaysia pertama dilantik sebagai felo penyelidik bidang matematik gunaan di Universiti Cambridge, United Kingdom.

Pelantikan di Trinity College itu adalah hasil pencapaian beliau yang menakjubkan sepanjang sesi pengajian doktor falsafah (PhD) dalam bidang matematik di universiti terkemuka dunia berkenaan sejak 2008.

Anak muda kelahiran Terengganu berusia 32 tahun itu adalah tutor Jabatan Sains Komputer, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat UPM.

Seingat saya tiada pelajar Cambridge berbuat demikian. Saya amat terkejut dengan kebolehannya yang boleh menggabungkan ilmu statistik dengan bioinformatik untuk menyelesaikan persoalan biologikal yang rumit. - Dr Pietro Lio', Pensyarah kanan Universiti Cambridge

Pensyarah kanan Universiti Cambridge, Dr Pietro Lio' dalam surat sokongannya kepada UPM menyifatkan Azree sebagai pelajar berbakat.

Beliau menyifatkan kebolehan Azree yang menjalani latihan berkembar di makmal biologi dan molekular serta sistem biologi statistik sebagai jarang berlaku di Universiti Cambridge.

"Seingat saya tiada pelajar Cambridge berbuat demikian. Saya amat terkejut dengan kebolehannya yang boleh menggabungkan ilmu statistik dengan bioinformatik untuk menyelesaikan persoalan biologikal yang rumit," katanya.

Beliau juga berkata, jawatan itu hanya ditawarkan kepada penyelidik yang berkebolehan serta bijak dan sebagai penyelidik, Azree boleh menumpukan penyelidikan dalam bidang matematik gunaan tanpa beban mengajar, seterusnya memulakan kariernya ke peringkat lebih tinggi.
Azree ketika dihubungi di London bersyukur dengan pelantikan selama tiga tahun yang akan bermula Ogos depan.

"Alhamdulillah. Terima kasih kepada ibu, Junaidah Embong dan ayah, Nazri Ahmad serta isteri Azwanis Abdosamad kerana sanggup berkorban. Saya akan membuat penyelidikan sepenuh masa di sini," katanya menerusi SMS.

Menyifatkannya sebagai tugasan berat, Azree berkata tawaran itu adalah titik permulaan baginya untuk menyokong hasrat negara mencapai Wawasan 2020.

"Cabaran ini amat berat kerana saya terpaksa bersaing dengan penyelidik antarabangsa lain. Saya juga yakin di luar sana ramai lagi penyelidik yang boleh diketengahkan ke peringkat antarabangsa, cuma mereka mungkin tiada peluang seperti saya," katanya yang baru menamatkan PhD dalam bidang matematik.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan