Selasa, 19 Jun 2012

Harian Metro: BeritaUtama

Harian Metro: BeritaUtama


Tawanan santau

Posted: 18 Jun 2012 11:49 AM PDT

CHEMOR: Seorang janda beranak empat bukan saja menjadi 'hamba seks' bapa saudara sendiri selama hampir dua tahun, malah puluhan ribu ringgit wang peninggalan arwah suaminya serta wang bantuan kebajikan empat anaknya turut dibolot lelaki terbabit yang dipercayai 'menakluk' wanita itu dengan ilmu hitam.

Janda berusia 34 tahun dikenali sebagai Kamariah, mendakwa dia seperti lembu dicucuk hidung apabila mengikut segala arahan bapa saudaranya itu termasuk mengadakan hubungan seks dengan lelaki itu serta menyerahkan wang simpanannya.

"Dia (bapa saudara) mengawal wang ditinggalkan bekas suami termasuk wang bantuan anak berjumlah RM400 sebulan yang diterima daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

"Hidup saya umpama mayat hidup selama hampir dua tahun dipercayai terkena ilmu guna-guna itu menyebabkan saya beberapa kali hampir membunuh diri selain mengabaikan makan minum empat anak berusia antara dua dan 12 tahun," katanya yang kini menjalani rawatan bagi membuang kesan ilmu hitam berkenaan.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.


Cari pasal tukar saluran TV

Posted: 18 Jun 2012 11:48 AM PDT

GEORGETOWN: Akibat menukar saluran televisyen (TV) ketika perlawanan bola sepak Euro 2012 berlangsung, seorang lelaki cedera dipukul pelanggan lain di sebuah pusat hiburan di Lebuh Naning, di sini, yang tidak puas hati dengan tindakan lelaki itu, pagi kelmarin.

Dalam kejadian jam 5.10 pagi itu, lelaki berusia 30-an terbabit menukar saluran televisyen ketika perlawanan di antara pasukan Russia dan Greece, menyebabkan pengunjung pusat hiburan itu tidak berpuas hati.

Jurucakap polis berkata, berlaku pertengkaran antara lelaki berkenaan dengan beberapa pengunjung sehingga tercetus pergaduhan yang berlarutan hingga ke luar pusat hiburan terbabit.

Menurutnya, polis yang dimaklumkan kejadian itu bergegas ke tempat kejadian dan berjaya meleraikan pergaduhan berkenaan.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.


1 ulasan:

  1. (Tawanan Santau) Berkenaan tajuk post ini saya teramat terharu dan terperanjat, kerana kedua-dua mereka yang berkenaan saya kenal dan lebih kenal lagi saya terhadap lelaki berkenaan.

    Akan kesahehan kesah ini saya tidak berani membuat ulasan kerana ianya melibatkan maruah mereka berdua dan juga keluarga mereka.

    BalasPadam