Ahad, 17 Jun 2012

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


Teksi dapat tayar

Posted: 16 Jun 2012 12:38 PM PDT

MukaDepan

66,000 pemandu teksi akan mendapat manfaat daripada bantuan tayar melalui program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma). - Gambar hiasan

66,000 pemandu teksi akan mendapat manfaat daripada bantuan tayar melalui program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma). - Gambar hiasan

Program TR1Ma beri manfaat 66,000 pemandu

KUALA LUMPUR: Kira-kira 66,000 pemandu teksi akan mendapat manfaat daripada bantuan tayar melalui program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma) yang dijangka diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pada 24 Jun ini.

Kategori yang layak menerima bantuan berkenaan adalah teksi bajet, teksi eksekutif, kereta sewa, teksi lapangan terbang, kecuali syarikat mendapat konsesi daripada kerajaan seperti limo lapangan terbang.

Sumber berkata, setiap pemohon akan menerima dua keping baucar bernilai RM520. Setiap baucer bernilai RM260 itu boleh ditukarkan dengan dua tayar dan terpulang kepada pemohon sama ada untuk menukar empat tayar sekali gus atau dua tayar pada satu masa.

Berdasarkan borang dikeluarkan di laman web Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), pemandu teksi yang ingin memohon perlu memiliki kad pemandu sah, pemandu pertama (pemegang kad pemandu kedua tidak layak).

Pemohon yang mengisi borang lengkap bersama salinan kad pemandu sah, kad pengenalan dan di hantar sebelum 17 Jun ini akan menerima baucar mereka daripada Perdana Menteri ketika perhimpunan di Bukit Jalil.

Mereka yang menghantar permohonan selepas itu boleh menyerahkannya terus ke pejabat wilayah SPAD untuk mendapatkan baucar berkenaan.

Sumber berkata, setiap pemohon akan menerima dua keping baucar bernilai RM520. Setiap baucer bernilai RM260 itu boleh ditukarkan dengan dua tayar dan terpulang kepada pemohon sama ada untuk menukar empat tayar sekali gus atau dua tayar pada satu masa.
Penukaran tayar boleh dilakukan selepas 14 hari menerima baucar yang tidak boleh ditunaikan itu. Jika harga tayar melebihi nilai diberikan, pemandu teksi perlu menambah kos mereka sendiri.

Penerima bantuan boleh menukar tayar mereka di 220 rangkaian pembekal tayar jenama 'Continental' dan 187 pembekal tayar jenama 'Goodyear' di seluruh negara. Senarai pembekal boleh didapati dengan melayari laman web SPAD, www.spad.gov.my.

Sementara itu, pemandu teksi mendakwa harga tayar meningkat sejak beberapa minggu lalu. Misalnya tayar saiz 13 yang sebelum ini berharga kira-kira RM130 sebiji, kini naik melebihi RM145.

Presiden Persatuan Perkhidmatan Teksi Shah Alam, Yazid Mohamad Yusof, berkata tinjauan pihaknya di kedai membekal tayar mendapati harga tayar mula dinaikkan sejak program itu diketahui.

Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Kekwa Kelana Jaya Selangor Bhd, Norfisah Mawi, 43, berharap kerajaan segera campur tangan dalam isu itu bagi mengelak ada pihak meraih untung mudah.

"Kami percaya kenaikan harga tayar ini memang dirancang, Sekarang ini kami dalam dilema dan apa yang berlaku ini sama sekali tidak wajar," katanya.

Sementara itu, Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Mohd Zain Mohamed ketika ditemui pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan lebih 50 wakil pemandu teksi, memberi jaminan isu terbabit akan dibincangkan dengan SPAD bagi memastikan kepentingan pemandu teksi terjamin.


Budak maut main pistol bapa saudara

Posted: 16 Jun 2012 12:27 PM PDT

MukaDepan

JENAZAH Muhammad Faris Faizal (gambar kecil) diiringi ibunya ke bilik mayat Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu untuk bedah siasat.

JENAZAH Muhammad Faris Faizal (gambar kecil) diiringi ibunya ke bilik mayat Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu untuk bedah siasat.

KOTA BHARU: Seorang murid Tahun Satu maut selepas kepalanya tertembak ketika dia bermain-main dengan pistol jenis Walther P9S milik bapa saudaranya, seorang anggota polis, di Ketereh, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 9 malam itu, mangsa, Muhammad Faris Faizal Noor Hisham, 7, dipercayai menemui pistol yang disorok di bawah meja ketika bapa saudaranya ke masjid untuk solat Isyak.

Mangsa dipercayai bermainmain dengan pistol yang disangkanya mainan sebelum meletup dan terkena kepalanya.

Pistol itu disorokkan di bawah meja tetapi mangsa terjumpa, mungkin dia beranggapan ia adalah pistol mainan. Kanak-kanak berkenaan terkena satu tembakan di kepala dan bedah siasat menyatakan dia meninggal kerana tertembak. - Datuk Jalaluddin Abd Rahman, Ketua Polis Kelantan

Peluru yang dipercayai menembusi kepala mangsa turut mengenai bapa saudaranya, Mohd Helmi Ghazali, 31, yang berada berdekatan. Helmi yang cedera di dada dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu dan keadaannya dilaporkan stabil.

Kejadian berlaku di rumah nenek mangsa, Norizan Abd Wahab, selepas majlis perkahwinan ibu saudaranya dan pada masa sama keluarga mangsa meraikan hari lahirnya.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abd Rahman, berkata senjata berkenaan adalah milik anggota polis yang berkhidmat di sebuah negeri dan sedang bercuti untuk menghadiri majlis perkahwinan itu.

"Pistol itu disorokkan di bawah meja tetapi mangsa terjumpa, mungkin dia beranggapan ia adalah pistol mainan. Kanak-kanak berkenaan terkena satu tembakan di kepala dan bedah siasat menyatakan dia meninggal kerana tertembak.
"Kita sudah menahan anggota polis berkenaan dan menyiasatnya dari kontinjen mana. Kes disiasat mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan iaitu cuai menyebabkan kematian," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Ibu mangsa, Fadhilah Rifa'in, 27, berkata dia dan anaknya datang ke Ketereh untuk menghadiri majlis perkahwinan adiknya, Syakirah Rifa'in dan menyambut hari lahir arwah bersama ahli keluarga lain.

Fadhilah berkata, dia terkejut mendengar dentuman kuat ketika berada di luar rumah untuk mengemas meja dan kerusi sementara menunggu pembekal khemah datang mengambil barangan disewa.

"Tiba-tiba saya terdengar bunyi dentuman kuat, saya masuk ke dalam rumah dan tergamam melihat keadaan Muhammad Faris terbaring di lantai. Keadaan lebih kelam-kabut apabila seorang lagi ahli keluarga kami meraung akibat cedera di dada," katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

Fadhilah, guru Yayasan Islam Kelantan di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Al-Falah di Pasir Mas, berkata anaknya dikejarkan ke Klinik Kesihatan Ketereh, namun meninggal dunia dan jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ketereh, petang semalam.

Ibu saudara arwah, Nor Ain Farhana Yasin, 15, yang ketika itu memasak gulai di dapur terkejut melihat darah memancut di kepala mangsa.

"Saya tergamam tak boleh nak kata apa sebelum ahli keluarga lain membantu abang ipar saya (Helmi) dan anak saudara saya," katanya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan