Rabu, 20 Jun 2012

Berita Harian: Wilayah

Berita Harian: Wilayah


Kupon diskaun 20 peratus

Posted: 19 Jun 2012 06:10 PM PDT

Wilayah

PEMBACA Berita Harian akan diberi cenderahati serta makan dan minum percuma sepanjang siaran langsung.

PEMBACA Berita Harian akan diberi cenderahati serta makan dan minum percuma sepanjang siaran langsung.

Saksikan Euro 2012 bersama BH di Restoran Sekinchan Ikan Bakar

RASAI bahang kemeriahan kejohanan bola sepak Euro 2012 bersama Berita Harian dengan menyaksikan secara langsung perlawanan suku akhir, separuh akhir dan akhir di Restoran Sekinchan Ikan Bakar, di Setiawangsa, dekat ibu negara bermula malam Sabtu ini.

Selain dapat menyaksikan perlawanan yang disiarkan di skrin besar, pembaca setia Berita Harian akan diberikan barangan cenderahati dan disajikan dengan makanan dan minuman secara percuma di sepanjang siaran langsung.

Penonton akan diberikan kupon diskaun 20 peratus untuk menikmati makanan di mana-mana 17 cawangan Restoran Sekinchan Ikan Bakar di sekitar Lembah Klang yang sah laku sehingga 31 Julai ini.

Lebih menarik, penonton akan diberikan kupon diskaun 20 peratus untuk menikmati makanan di mana-mana 17 cawangan Restoran Sekinchan Ikan Bakar di sekitar Lembah Klang yang sah laku sehingga 31 Julai ini.

Bagi menyaksikan perlawanan itu, penonton hanya perlu membawa mana-mana lima keratan kepala akhbar Berita Harian terbitan bermula hari ini sehingga 29 Jun untuk mendapatkan tiket menyaksikan perlawanan.

Empat perlawanan berkenaan adalah suku akhir pada 24 Jun, separuh akhir pada 28 dan 29 Jun dan final pada 2 Julai. Tiket boleh ditebus di Balai Berita NSTP, Jalan Riong, Kuala Lumpur pada hari dan masa yang ditetapkan.

Maklumat lanjut dan pertanyaan hubungi Omay 03-22823131 sambungan 5252.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan