Kosmo Online - Negara |
Posted: Artis berhimpun lindungi hakOleh MOHD. HAFIZI AHMAD
KUALA LUMPUR – Para artis dan karyawan seni tanah air akan berhimpun di sini pada majlis Hari Himpunan Bintang MyIPO-Kosmo! 2012 bagi meningkatkan pemahaman mengenai hak-hak mereka dalam industri seni negara. Pada majlis itu, para pelakon, penyanyi, pelawak, anggota band tempatan serta aktivis seni akan diberi taklimat berkaitan Peraturan-Peraturan Akta Hak Cipta (Pindaan) 2012 yang akan membela nasib mereka. Pengarang Hiburan Kosmo!, Yusman Awang memberitahu, taklimat tersebut akan disampaikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Korporat MyIPO, Mohd. Shahar Osman pada perhimpunan artis yang diadakan di Hotel Renaissance, Jalan Ampang di sini. "Pada taklimat itu, Mohd. Shahar akan memberikan penerangan berkaitan aspek kutipan royalti, Tribunal Hak Cipta, sistem pendaftaran secara sukarela karya hak cipta dan badan pendaftaran pelesenan untuk kutipan royalti," katanya di sini semalam. Hari Himpunan Bintang MyIPO-Kosmo! 2012 yang bertemakan Pertahankan Hak Kotakan Janji itu dianjur secara bersama antara MyIPO dengan Kosmo! selaku media rasmi. Yusman menjelaskan, selepas selesai taklimat berkaitan Peraturan-Peraturan Akta Hak Cipta (Pindaan) 2012 itu, wakil-wakil daripada industri hiburan tanah air akan diberi peluang untuk memberikan respons berhubung akta tersebut. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Posted: Tamatkan monopoli lesenOleh ZULKIFLI MANZOR NAJIB menyampaikan tayar sebagai simbolik kepada seorang pemandu teksi sambil diperhatikan Rais dan Syed Hamid Albar pada majlis perasmian program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma) di pekarangan Kompleks Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur semalam. KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan monopoli lesen teksi oleh syarikat swasta sebagai satu perhambaan moden terhadap golongan pemandu teksi yang perlu ditamatkan. Sehubungan itu, kata beliau, kerajaan akan mengeluarkan lesen secara terus kepada individu menerusi model baharu yang akan diwujudkan dalam satu tempoh rancangan antara satu hingga dua tahun. "Saya tidak suka syarikat dapat terlalu banyak lesen teksi dan era beri kepada syarikat akan kita tamatkan. "Sistem pajak teksi ini satu bentuk perhambaan moden yang saya tidak suka," katanya pada majlis perasmian program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma) yang disertai 25,000 pemandu dan pengusaha teksi di pekarangan Kompleks Sukan Bukit Jalil di sini semalam. Turut hadir, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dan Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar. Ia dicatatkan dalam Malaysia Book of Records (MBR) sebagai perhimpunan teksi terbesar di negara ini. Justeru, Najib berkata, kerajaan melalui SPAD akan mengadakan perbincangan dengan persatuan yang mewakili pemandu teksi bagi membentuk modul baharu terbabit yang akan menjaga kepentingan individu. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
3 minggu siasat kes dinar emas Posted: 3 minggu siasat kes dinar emasBACHOK - Kementerian Kewangan memberi tempoh tiga minggu mulai semalam kepada kerajaan negeri Kelantan untuk membuat siasatan terperinci berhubung dakwaan berlaku penyelewengan dalam pentadbiran Kelantan Golden Trade Centre Sdn. Bhd. (KGT). Timbalan Menterinya, Datuk Awang Adek Hussin berkata, hasil siasatan terhadap syarikat yang mengeluarkan mata wang dinar dan dirham milik Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) itu hendaklah didedahkan kepada rakyat. "Jika rakyat tidak berpuas hati dan pertikaikan keputusan siasatan itu, pihak kementerian akan mengarahkan Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti membuat siasatan," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis perasmian Banglo Rakyat Malaysia peringkat daerah Bachok di Perupuk di sini semalam. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tiga laporan polis terhadap dakwaan salah laku membabitkan seorang daripada pegawai kanan KGT yang dibuat oleh bekas Pengarah Eksekutif KGT, Nik Mahani Mohamad pada 31 Januari lalu; pelabur Jepun, Takao Kono (28 Mei) dan rakyat Perancis, Mohamed Esfih (1 Jun). Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan