Kosmo Online |
- Kemalangan: Seorang bomba sukarela maut
- 4 lesen pusat hiburan diluluskan di Kedah
- Mayat warga emas ditemui selepas 4 hari mati
Kemalangan: Seorang bomba sukarela maut Posted: Kemalangan: Seorang bomba sukarela maut24/06/2012 8:41pm SUNGAI PETANI – Seorang anggota bomba sukarela maut, manakala enam rakannya cedera selepas jentera bomba yang mereka naiki terbabas semasa dalam perjalanan untuk memadam kebakaran di Kampung Baru Padang Lembu, Gurun, dekat sini hari ini. Chow Kok Kong, 51, maut di tempat kejadian selepas tercampak keluar dari jentera yang dipandunya dalam kejadian pada 1.30 tengah hari tadi. Ng Eng Chai, 46; Ong Chong Yaw, 22; dan Lee Kian Fong, 41, dimasukkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini dan tiga yang diberi rawatan sebagai pesakit luar di hospital sama ialah Kok Beng Foo, 39; Kok Kok Chon, 40; dan Lim Chin Ping, 42. Kok Kok Chon yang ditemui pemberita di HSAH berkata, mereka hampir sampai di tempat kebakaran apabila nahas itu berlaku. Kesemua mangsa merupakan anggota bomba sukarela dari Balai Bomba Sukarela Merbok dekat sini. "Ketika kami sampai di satu selekoh berhadapan Klinik Kesihatan Padang Lembu, Kapten (Chaw Kok Kong) yang memandu jentera cuba mengelak sebuah motosikal yang datang dari arah bertentangan menyebabkan jentera kami berpusing beberapa kali lalu terbabas ke kiri jalan," katanya. – BERNAMA |
4 lesen pusat hiburan diluluskan di Kedah Posted: 4 lesen pusat hiburan diluluskan di Kedah24/06/2012 5:42pm ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini mengesahkan kerajaan negeri baru-baru ini telah mengeluarkan empat lesen baru kepada pengusaha pusat hiburan. Azizan berkata, kerajaan negeri tidak boleh menghalang rakyat negeri ini untuk berhibur tetapi perjalanan pusat-pusat tersebut adalah dalam kawalan pihak berkuasa tempatan. "Kita bagi lesen untuk hiburan tetapi di bawah kawalan kerajaan negeri termasuk kawalan keselamatan, tatasusila dan sensitiviti kaum," katanya ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar yang mendakwa kemunculan pusat-pusat hiburan 'secara berleluasa' di negeri ini. Azizan berkata, untuk rekod, di Alor Setar hanya terdapat empat pengusaha pusat hiburan yang dalam proses untuk memulakan perniagaan dan mereka diberikan lesen baru. Selebihnya, kata Azizan, adalah pusat hiburan yang hendak aktif semula setelah lama tidak beroperasi. Azizan bagaimanapun tidak pula menyatakan jumlah pusat hiburan yang kembali aktif itu. - BERNAMA |
Mayat warga emas ditemui selepas 4 hari mati Posted: Mayat warga emas ditemui selepas 4 hari mati24/06/2012 5:36pm KUALA TERENGGANU - Seorang warga emas ditemui mati di kediamannya di Kampung Pengadang Baru di sini semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, mayat Ramli @ Abdullah Mahmud, 73, ditemui terbaring di ruang tamu di rumahnya oleh anak saudaranya yang datang melawat mangsa kira-kira pukul 7.15 malam tadi, bertindak menghubungi polis. Beliau berkata, semasa dijumpai, mayat berkenaan sudah kembung dan berbau busuk dan mangsa dipercayai meninggal dunia sejak empat hari lalu. Katanya, mangsa yang tinggal bersendirian di rumah milik anak saudaranya itu dipercayai menghidap penyakit darah tinggi dan kencing manis. "Kebiasaannya anak saudara mangsa yang tinggal di Kuala Lumpur akan datang melawat mangsa sebulan sekali," katanya. Polis mendapati tiada unsur jenayah dan kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan